Tuesday, April 12, 2011

Mati

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan.
(Al Anbiya` : 35 )

Semalam bertemu dengan teman baru masa servis kereta. Pabila aku cakap aku adalah medical student, antara perkara yang dia tanya adalah, macam mana perasaan bila selalu jumpa orang mati?

Bila teringat balik soalan tu, teringat balik kepada seorang patient yang aku clerk pada satu pagi itu bersama dengan anaknya. Patient tuh ade stroke dan masa aku ambil history, dia still boleh buka mata tapi pernafasannya sangat laju. dyspnoeic. Leby kurang 3 jam lepas tuh, die coma and doctor2 try untuk resuscitate die. Tapi Allah lebih menyanyangi beliau. Dan pada waktu tersebut juga, family member semua sudah tiba. Anaknya yang aku ambil history daripadanya tadi memandang aku dengan sedih. Aku sangat tidak tahu hendak cakap ape2 or membuat ape2 tapi akhirnya aku pergi juga kepada kakak tuh n try to comfort dengan ucapan2 biasa.huhu.

Life medical student sgt hampir dengan kematian. Mksud aku kematian2 pesakit2 di hospital. Tetapi bagaimana kita memandang kematian tersebut? Sgt rugi jika kita memandangnya hanya sebagai ''satu lagi kematian'' sahaja. Sepatutnya bila melihat kematian, ia adalah peringatan kepada diri kita juga yang pasti akan mati bila2 sahaja dari skrg. Sudah bersediakah kita?

Rasulullah bersabda, ''orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.''

DEngan ingat kepada mati, akan timbul rasa sesal di atas dosa2 yang dilakukan sama ada kecil atau besar. Bimbang dengan nasib kita di alam kubur sama ada sempit atau luas. Maka segala perbuatan yang kita lakukan, akan dilakukan dengan tujuan hanya untuk mencari redha Allah. Benda yang kita selalu dengar di khutbah jumaat, '' bekerjalah seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beramallah seolah2 kamu akan mati esok hari''.

Akhir sekali, jangan lupa untuk mendoakan kebaikan dan kebahagiaan setiap pesakit kita dan berdoa juga moga2 mereka semua mendapat khusnul khotimah insyaAllah.




No comments: