Wednesday, April 20, 2011

AOR

Hari ini aku lihat begitu banyak drama2 melayu di hospital. AOR adalah singkatan AT OWN RISK yang bermaksud pesakit ingin berhenti daripada treatment yang diberikan hospital secara sukarela dan bersedia menanggung risiko2nya sendiri.

Seorang pesakit mengalami tekanan darah yang sangat rendah dek kerana sakit2 misterinya. Dipendekkan cerita, doktor ingin letak Long line atau central venous line kt tangan die. Tapi oleh kerana sudah beberapa kali keluar masuk hospital, salur darahnya sudah collapse. Sangat susah hendak cucuk tangannya. Akibatnya pesakit meronta2 kesakitan. Sakit lama tambah dgn sakit baru. Dan apabila doctor nak wat Short line dekat lehernya, patient refuse. (if dpt buat short line nih, mmg pendek betol la cerita.huhu)

BP semakin menurun. Patient sudah mengeluh2 kesakitan. TIBA2, datanglah isterinya dengan berkata, '' biarkanlah suami saya tuh. saya da tak sanggup lagi nak tengok die menderita macam nih. biarlah saya bawa dia balik rumah. tak tahan saya tengok die sakit doktor buat mcm nih. makin teruk jadinya. biarlah saya nak sain surat AOR tu.''

doktor beritahu, ''BP sangat rendah. klu puan bawak balik, saya takut x smpt smpi umah pun". die menjawab dengan emo sekali, " biarlah kalau x smpt pun. MATI atas bus pun xper. x sanggup saya tengok die mcm nih. "

Aku tengok bila die cakap mcm tuh, suami die pun terdiam sekejap. maybe terkejut. dipendekkan cerita lagi, doktor akhirnya berjaya mendapatkan sisa2 salur darah dari kakinya. result investigation suaminya pun suda keluar dan doktor memberitahu isterinya sambil memujuk2 kembali isterinya itu..

Benda2 yg boleh kita amek pengajaran nih, first sekali kene belajar bersabar. kalau ikut hati ini, mahu saja ditampar isteri tuh. Doktor bukan xbuat kerja. die bleh plak marah2 mcm tuh. Tapi xboleh nak blame makcik tuh. Rasenye die da kurang betol gak tyme tuh. SO Belajarlah bersabar. banyak ragam yang kita akan jumpa. If kita xde sifat sabar, terus je doktor kasi borang AOR tuh suruh die sign. doktor pun senang kerja.

Yang keduanya, nyawa kita nih Allah yang kasi. jangan mudah berputus asa. umat islam diwajibkan mendapatkan rawatan sekiranya ditimpa sakit. Dan kita dilarang melakukan benda2 yang boleh memudaratkan diri kita sendiri dan juga orang lain. Sebab tu, selagi bernyawa, berusahalah.

Allah berfirman:


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);



No comments: