Sekarang dia hanya terlantar kat katil sahaja, tak boleh gerak bahu kanan dan kaki kanan ade skin traction. Sekejap ade, sekejap lagi da xde. Itulah nikmat kesihatan. Bila2 sahaja ALlah boleh tarik. Sepatutnya beri pengajaran kepada orang lain supaya bersyukur dengan nikmat2 yang ada. Jangan rasa syukur hanya apabila sudah tiada.
BIla ade anak sedara medical student, memang ape2 bende aku asyik kene tanya la. Haha.
Brape lame nk pakai skin traction, bile nk operate dan macam2 lagi.
Dan satu lagi bende yang ditanya adalah bagaimana hendak solat dalam keadaan susah hendak berwuduk, susah hendak bersuci, susah hendak bersolat menghadap kiblat dan mcm2 lagi.
Bila fikir balik, aku bukanlah seorang ustaz dan di hospital ini pun tiada ustaz yang boleh jelaskan pasal bende2 camni. Kadang2 patient seorang yang kuat agamanya tapi bile kene keadaan mcm kaki berbalut, tangan berbalut sehingga tidak boleh berwuduk dengan sempurna, mereka mengambil keputusan untuk tidak bersolat. Dengan alasan tidak suci dan sebagainya.
Di mana UStaz di hospital ini? Salah siapa kalau lepas kita sudah balut2 kaki dia or kepala dia, dan patient tanya pada kita, macam mana saya nak solat ni doktor? Dan kita jawab kita tidak tahu. Siapa yang tanggung dosa? Patient yang tidak habis mengaji agama or kita yang tidak menjalankan tanggungjawab kita dengan sebenar2nya yang sepatutnya sudah tahu jawapan kepada semua itu???
Oleh itu, saya menasihatkan kepada diri saya dan bakal2 doktor sekalian, selain daripada menasihatkan kepada pesakit2 kalian tentang treatment, complication dan lain2,, terangkanlah juga mengenai perkara2 asas ibadah ini kepada mereka sebab ramai yang tidak tahu. At least selesaikanlah tanggungjawab kita as a muslim dengan memberitahu. Kalau selepas itu dia tidak mahu buat juga, nak buat mcm mana. Sesungguhnya kita tahu kerja kita adalah ibadah, oleh itu sempurnakanlah ibadah kita ini insyaAllah.
"sesungguhnya Islam itu mudah dan tidak membebankan atau memberatkan melainkan Orang2 islam itu sendiri yang memberatkan dan membebankan diri mereka, maka dampingilah ia, dekatilah ia(Islam) dan sampaikan khabar gembira serta dirikanlah solat pada waktu-waktu yang ditetapkan" --Bukhari, Iman,38
No comments:
Post a Comment