Tuesday, September 9, 2008

Singa Pura

bersama Nenek LOng di rumahnya

Assalamualaikum. Lama sudah aku tak berbicara. Hal2 dunia memang selalu menyibukkan kita. Sampai terlupa kepada asal usul kejadian kita ke dunia. Terlupa kepada pencipta kita. Itulah guna kita mengembara. Memandang semua kejadian sebagai peringatan kepada kita. Bahawa tiada yang lebih berkuasa daripadaNya. BAhawa dia menciptakan kita bukannya sia-sia. Semua ada tujuannya. Bergantung kepada kita untuk menunaikannya.

Last cuti merdeka, aku bersama familyku berjalan2 ke negeri orang, Johor bahru. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam daripada rumahku menggunakan lebuh raya LEKAS-lebuhraya Kajang-Seremban( dahuluya dikenali sebagai lebuhraya KASEH-Kajang-Seremban) .

Dari JB, kami bergerak merentasi Selat TEbrau ke SIngapura. Sebaik sahaja melepasi kawalan kastam yang agak ketat juga, aku melihat suasana Singapura tidaklah begitu jauh berbeza dengan Malaysia. Cuma yang amat ketara semuanya penuh dengan jalan raya. Jika iada jalan maka ada bangunan.

Bangunan di sana semuanya kelihatan baru memandangkan langkah kerajaan Singapura yang mewajibkan maintanance bangunan diadakan selalu.

AKu bergerak dengan satu matlamat sahaja pada hari itu iaitu untuk ke rumah nenek saudaraku. Di rumahnya yang berkedudukan 15 tingkat dari ground floor, aku dapat melihat suasana bandar SIngapura di waktu malam. Semua tempat disinari cahaya lampu. Kelihatan juga pelabuhan yang penuh dengan kapal2.

Di sana mereka menyambut bulan RAmadhan dengan meriah sekali. Koncert2 diadakan. Bahkan di jalan raya terutamanya di Geylang sudah dihiasi dengan lampu2 seolah2 Syawal sudah menjelang. Gerai2 yang menjual barang2 hari raya sudah mula dibuka.

Bukan mahu mengutuk tetapi Ramadhan sepatutnya disambut dengan memperbanyakkan amal ibadat kita. Rasulullah menyambut Ramadhan dengan membanyakkan puasa sunat pada bulan Sya'ban.

Mungkin tidak boleh disalahkan mereka ini kerana ilmu agama sememangnya tandus di sana. Kanak2 islam di sana sungguh sedih keadaan mereka kerana tiuada peluang belajar agama seperti kita di Malaysia.

Tetapi tiada bezanya juga bagi kita orang Malaysia yang bisa belajar agama tetapi jarang sekali menghayati ape lagi mengamalkannya. Agama hanya bisa untuk golongan2 tertentu sahaja. Bila mau buat tahlil ketika itu baru dicari orang yang beragama.

Lawatan ku ke Singapura walaupun hanya sekejap sahaja tetapi banyak juga yang dapat ku ambil iktibar. Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam setiap usaha yang dilakukan oleh kita.

Singapura dari JB

No comments: