Wednesday, September 17, 2008

malang tak berbau

pelajar hancur 4 jari akibat maen mercun
assalamualaikum.

Tyme bulan pose nih memang bnyk kes2 mercun meletop kat tangan. Walaupon kerajaan da haramkan mercun nih tp still bnyk gak org x serik2 nk maen.

Bile da kene baru la nk menyesal.

Sebenarnye kita memang x dapat agak kecelakaan yg akan menimpa kita. Siapa yg sangka budak2 yg tiap2 ari maen mercun tuh, da kire expert la jugak kot, leh tekena mercun n putus tangan. Klu setakat tangan xper la jugak. Tapi klu terkena mata, buta, sape gak yg susah?

Sebagai seorang yg memang bnyk pengalaman dengan malang2 yg memang x berbau nih, aku nk mengingatkan la diri tuh supaya klu bleh hindarkan la diri daripada wat bnde2 merbahaya yg leh mencederakan diri.

Klu bawak kete tu berhati2 la. Yg merempit tu pon same. Yg maen mercun stop laa.

Bile da kene baru la nk menyesal.

Selipar KLCC

Ammar n Syafiq di Aquaria
Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan ni orang berebut2 nak wat amal kebajikan. Semua secara suka n rela. Tapi last week betol2 uji ketabahan aku.

Last week aku n Faiz n Syafiq pergi r Aquaria kat klcc tu. sajer jer jalan2 tengok ikan2. Tyme nak balik tu singgah la kat surau sebelah Aquaria tuh. Solat Zuhur sat.

Nak dijadikan ceritanya, kasut aku hilang kene curik. Terpaksa la aku pon meminjam seketika selipar jepun surau tu pulang ke rumah. tapi x pulang lagik laa.

Bila teringat kat bulan ramadhan nih, bulan buat amalan dapat pahala berganda, aku pon terasa la nk niat sedekah sahaja la kasut tu walaupun memang kasut tu mahal la jugak bagi aku. Amal x suka tapi rela kan jer laa.

Maybe ade la hikmah yang aku x nampak lagi la tu. Tapi mase pakai selipar jepun tuh malu la jugak. Ade ke da pakai leh kater smart gak laa, hehe, tapi pakai selipar jepun. Memang nmpk mcm mat rempit.

Semoga pencuri tu insaf laa klu die pakai kasut aku tuh. Klu ade rezeki n keajaiban sedikit, moga2 kasut tu die kaci kat aku balik la harap2 nyer.

Wednesday, September 10, 2008

YAti Ayam Percik

Bersama hidangan ayam percik n nasi kerabu n juz oren

Assalamualaikum.

Post kali ni nak promote la sket2 Yati ayam Percik ni kat kawan2. Ayam Percik yang mempunyai resepi tersendiri ni berasal dari kelantan. Campur yg kat kajang nih da ade dua cawangan la. Kat Kelantan tuh, kdai die memang beso n famous. Antara menu yg selalu nyer orang oder la, nasi kerabu,ayam percik, gulai kawah. Tempat nih memang selalu full la klu bukak pose. Orang beli bungkus bawak balik pon ramei. Sebenonyer tauke dier nih family jiran aku. Saje je nk puji2 sket nih. Bulan2 pose kan. Haha.

Hari Ahad hari ke 6 pose, aku n kawan2 aku dak kisas yg area kat Selangor wat iftar ramei2. Kitorang wat kat ngan rumah aku. Yati AYam Percik. Kdai die terletak berhampiran ngan GIant Kajang.

Walaupun member2 sume ramei yang duk jauh2, Uitm shah alam, Uia, tapi sumer sudi r meluangkan mase dtg iftar. Yang laen duk dkat2 jer kat kwsan Kajang.

Nekman- Shah Alam











PAan- UiaM







Wanta- UiaM







Hanif- Um









Eyo- Uniten & DD-jepon


DD asik ajak men futsal jer skang. Klu dulu mandom jer. haha.











Dzar- Uniten










Faiz-Jepun







kami stat kumpul pkul 6 ptg kat kedai. Walaupun pada awalnye banyak gak r onak dan likunya akibat x mau dgr instruction btol2 smpai tesesat2 tapi sampai jugak akhirnye. haha.
lpas makan, mereka singgah rumah aku untuk solat maghrib + isya + tarawikh. Imam khas dari UM. hehe. pastu ade r moreh sket2.

Ramei gak kawan yg dkat2 tapi x dpat datang sbab ade urusan masing2. Ayub ade exam. Yg len2 bz.

Malam tu Faiz tido umah aku. pagi esoknyer die balik. Moga2 pertemuan dan perpisahan kami hanya kerana Allah.

Tuesday, September 9, 2008

Retak Seribu

ni bukan basah kene air hujan tapi cermin retak seribu

cermin kereta kancil yang retak seribu


LAst week aku berjalan ke Kuala Perlis. Aku berkampung di rumah adikku Usamah yang sedang

menuntut di Unimap yang dahulunya dikenali sebagai KuKUM. AKu bertolak dari Kajang stesen

BUs pukul 945 malam dan sampai ke Kangar pada jam 6 pagi.

Sampai sahaja aku pun mencari surau tapi sedih sekali. Tidak dijaga dengan bersih. TEmpat

mengambil wuduknya dipenuhi dengan sampah sarap yang bertimbun2. Kepala paip semuanya

tercabut.

Sampai sane FAiz btch 21 jd driver ak sat. Bwak r jalan2 sampai Padang Besar. Pastu gi makan

kat kedai Abang2 'Aww'. Ya ALLah, moga2 makanan yang aku makan halalan toyyiban.

Naseb baek FAez x tergoda. haha. Esoknye aku jalan Drive gi Alor Star. Nak jumpa Zaki n Muiz.

Biler sampai jer saner, baru jer tutup enjin, prangg!! cermin depan kereta yang aku sewa tuh

retak seribu. Memang cuak sekejap. Naseb baek x pecah abes kene aku. syukur.

Bile balik anta kereta, naseb baek x kene bayar ganti. Die cakap ade gak orang penah pecah tp

tyme drive gitu. so kire bernaseb baeklah jugak. Biler kiter ditimpa kesusahan tgokla orang yang

lagi susah dari kita utk rasa bersyukur.

biler teringat bawak kete tyme hujan2 tuh rasa syukur sangat sebab selamat sampai kuala perlis

balik dari alor star. dah la hujan plak tyme tuh.

So lpas nih saper2 yang ade kereta buatan Msia nih berhati2 laa.

Singa Pura

bersama Nenek LOng di rumahnya

Assalamualaikum. Lama sudah aku tak berbicara. Hal2 dunia memang selalu menyibukkan kita. Sampai terlupa kepada asal usul kejadian kita ke dunia. Terlupa kepada pencipta kita. Itulah guna kita mengembara. Memandang semua kejadian sebagai peringatan kepada kita. Bahawa tiada yang lebih berkuasa daripadaNya. BAhawa dia menciptakan kita bukannya sia-sia. Semua ada tujuannya. Bergantung kepada kita untuk menunaikannya.

Last cuti merdeka, aku bersama familyku berjalan2 ke negeri orang, Johor bahru. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam daripada rumahku menggunakan lebuh raya LEKAS-lebuhraya Kajang-Seremban( dahuluya dikenali sebagai lebuhraya KASEH-Kajang-Seremban) .

Dari JB, kami bergerak merentasi Selat TEbrau ke SIngapura. Sebaik sahaja melepasi kawalan kastam yang agak ketat juga, aku melihat suasana Singapura tidaklah begitu jauh berbeza dengan Malaysia. Cuma yang amat ketara semuanya penuh dengan jalan raya. Jika iada jalan maka ada bangunan.

Bangunan di sana semuanya kelihatan baru memandangkan langkah kerajaan Singapura yang mewajibkan maintanance bangunan diadakan selalu.

AKu bergerak dengan satu matlamat sahaja pada hari itu iaitu untuk ke rumah nenek saudaraku. Di rumahnya yang berkedudukan 15 tingkat dari ground floor, aku dapat melihat suasana bandar SIngapura di waktu malam. Semua tempat disinari cahaya lampu. Kelihatan juga pelabuhan yang penuh dengan kapal2.

Di sana mereka menyambut bulan RAmadhan dengan meriah sekali. Koncert2 diadakan. Bahkan di jalan raya terutamanya di Geylang sudah dihiasi dengan lampu2 seolah2 Syawal sudah menjelang. Gerai2 yang menjual barang2 hari raya sudah mula dibuka.

Bukan mahu mengutuk tetapi Ramadhan sepatutnya disambut dengan memperbanyakkan amal ibadat kita. Rasulullah menyambut Ramadhan dengan membanyakkan puasa sunat pada bulan Sya'ban.

Mungkin tidak boleh disalahkan mereka ini kerana ilmu agama sememangnya tandus di sana. Kanak2 islam di sana sungguh sedih keadaan mereka kerana tiuada peluang belajar agama seperti kita di Malaysia.

Tetapi tiada bezanya juga bagi kita orang Malaysia yang bisa belajar agama tetapi jarang sekali menghayati ape lagi mengamalkannya. Agama hanya bisa untuk golongan2 tertentu sahaja. Bila mau buat tahlil ketika itu baru dicari orang yang beragama.

Lawatan ku ke Singapura walaupun hanya sekejap sahaja tetapi banyak juga yang dapat ku ambil iktibar. Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam setiap usaha yang dilakukan oleh kita.

Singapura dari JB