Tuesday, February 1, 2011

Mesir


Teringat zaman nabi musa Firaun ditenggelamkan oleh Allah di laut merah, lalu selamatlah bani2 israel. Firaun yg mengaku dirinya tuhan lemas meninggalkan hartanya yang dikumpul sekian lama. Allah telah menunjukkan kuasanya pada org yg leka dgn dunia.
Tidak lama sebelum Husni mubarak berkuasa, mesir diperintah oleh Anuar Sadat, seorang nasionalis arab yang menentang Islam. Sepanjang zaman pemerintahannya juga dipenuhi dengan akta2 kezaliman yang sentiasa menghalang kebebasan bersuara, undang yang hanya menguntungkan dirinya, siksaan dan pembunuhan sesiapa sahaja yg cuba menentang beliau.
Menurut undang-undang yang digubal ini, kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup termasuk penubuhan parti politik atau jamaah tanpa izin kerajaan, penubuhan kumpulan yang boleh merosakkan harta benda, orang ramai atau individu, lari dari cukai, menghasut rakyat, menghalang kegiatan kerajaan dalam bidang perniagaan atau pusat pengajian, mogok dan sebagainya. Imam masjid yang menerima gaji dari kementerian Auqaf dilarang mencampurkan agama dengan politik dalam setiap khutbah mereka. Sadat kerap menyebut jangan mencampur-adukkan agama dengan politik.

Akhirnya Anwar Sadat menemui ajalnya pada 6 Oktober 1981. Dia ditembak mati ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September. Omar Abdel-Rahman adalah 'syeikh buta' yang memberi inspirasi agar Anwar Sadat dibunuh. Omar juga yang memberi kelulusan agar Pengeboman World Trade Center 1993 dilakukan.

Adakah sejarah akan berulang kepada pemerintah mesir yang sekarang?
semoga Allah menyelamatkan Muslimin dan Muslimat yang berada di Bumi Anbiya sekarang ini.
Moga hati2 mereka bersatu dan berjuang hanya kerana Allah. Moga ditetapkan hati2 mereka
dalam perjuangan mendaulatkan Islam di sana. Aminn..

No comments: