Biarlah dara sampai ke jinjang pelamin
Baru2 ni ade tonton Aku Masih Dara lakonan Ashraf Muslim yang memaparkan tentang kerosakan ahklak remaja di kotaraya zaman kini. Cerita ini sangat bagus untuk sedarkan kepada remaja2 kat luar sana tetapi matlamat tak menghalalkan cara, walau semurni mana niat kita. Bimbang kalau2 cerita ini makin merosakkan akhlak remaja kita. Bimbang makin terpengaruh pula dengan life style dalam cerita ini.
Apa2 pun nak komen sket la pasal cerita ini. YAng pertama, pasal taktik dakwah masuk disko. Teringat cerita bagaimana As-Syahid Imam Hasan Al-Banna berdakwah kepada orang2 ramai yang berada di disko. Walaupun pada hari pertama tiada sesiapa yang mahu mendengar tetapi lama2 semua orang di disko tersebut insaf dan meninggalkan bende2 mungkar tersebut. Dakwah tidak memilih sesiapa pun. So kepada sesiapa pun, dakwah bukan sahaja di masjid tetapi di mana2 sahaja orait?
Yang kedua, tentang ibubapa yang mahu anaknya berubah tetapi aku lihat, ibubapanya pun tidak menunjukkan tanda2 mahu berubah. Contoh: 'Sejuk tengok anak pakai tudung.' kata maknya yang tidak memakai tudung..Bagaimana mungkin niat murni untuk mengubah anak ini akan menjadi sekiranya anak ini tidak melihat contoh daripada ibubapanya? Oleh itu kepada bakal2 ibu dan bapa, sekiranya mahu anak2 kalian soleh dan solehah, hendaklah bermula dari diri kita sendiri orait?
Dalam cerita ini jugak, ashraf muslim berhasrat mahu berkahwin dengan gadis yang sungguh berbeza character dengan die. Seorang yang bukan kaki disko dengan ex-kaki disko. seorang yang tidak pernah mengaji dengan orang yang pandai mengaji. Senang cerita memang lain lah. Orang kata perkahwinan kena ada persefahaman dan persamaan. Tapi yang nak highlight dalam cerita ini, cukuplah persamaan jika dua2 bersetuju untuk hidup dengan cara Islam. Bila dua2 da faham tentang tujuan perkahwinan dalam Islam, insyaAllah benda2 lain akan dipermudahkan. Kesungguhan gadis dalam cerita itu untuk mencari Islam itulah yang paling sukar dicari pada gadis2 laen. Kerana itu lah yang akan mencorak kehidupan masa depan dunya wal akhirah. Orang yang luar nampak baik, belum pasti dalamnya sempurna. Oleh itu sentiasalah mengingati dan melengkapi.
Banyak lagi kalau nak kritik pasal filem nih, tapi korunk kritik la sendiri. Bahasa melampau, pergaulan melampau, dan lain2 yang aku bimbang keburukannya lebih banyak dari kebaikan.
Trailer Aku Masih Dara.
No comments:
Post a Comment