(قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ المُلْكِ تُؤْتِي المُلْكَ مَن تَشَاءُ وتَنـزِعُ المُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الخَيْرُ إنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ)
* يا جماهير مصر الصابرة الصامدة، يا أبطال الحرية وأنصار الحق، يا أهل التضحية والفداء، نحييكم فردًا فردًا، رجلاً وامرأةً، شابًّا وفتاةً، طفلاً وطفلةً، مسلمين ومسيحيين، تحيةً من أعماق قلوبنا ونشدُّ على أيديكم ونقبل جباهكم، ونحمد الله أن أزاح عن صدورنا جميعًا كابوسًا خانقًا، وطاغيةً مستبدًّا، وأزاح عن شعب مصر العظيم غلالة الغبار حتى ظهر معدنه النفيس للعالم أجمع بأنه شعب- وإن كان صبورًا- إلا أنه يأبى الضيم ويثور على الظلم ويعشق الحرية والكرامة، فهنيئًا لكم هذه اللحظات الكريمة المباركة التي كانت ثمرة عظيمة لثورة مباركة.
Katakanlah Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang dikehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang dikehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Wahai rakyat Mesir yang sabar teguh, wahai pahlawan kebebasan dan kebenaran, wahai sang pejuang yang sanggup korbankan apa sahaja, kami menyambut anda semua, lelaki dan wanita, pemuda dan pemudi, putera dan puteri, Muslim dan Kristian.. Salam takzim daripada lubuk hati kami dan kita bersama saling begangan tangan, dan syukur kami kepada Allah yang mengeluarkan kita semua daripada mimpi buruk dan cengkaman kezaliman. Kini telah hilang segala debu yang menyelaputi dan menjadi tayangan kepada alam seluruhnya bahawa mereka (selepas lama bersabar) adalah rakyat yang tidak sekali-kali tunduk mengalah menuntut kebebasan dan maruah. Nikmatilah saat-saat penuh keramat bepun barakah hasil kebangkitan yang diberkati.
وأنتم أيها الشهداء يا من ضحيتم بحياتكم في سبيل الله، ومن أجل تحرير أهلكم ووطنكم، تحيةً خالصةً لكم في أرقى مكان وأكرم جوار، في أعلى الجنان وجوار الرحمن، ومع حزننا العميق لفراقكم فإن سلوانا أنكم لستم أمواتًا ولكنكم أحياء في الجنة تمرحون (ولا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ * فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ويَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ ولا هُمْ يَحْزَنُونَ).
Dan untuk para syuhada yang telah mengorbankan nyawa demi Allah dan demi kebebasan keluarga juga negara mereka, setulus ucapan kami kepada mereka yang kini di sebaik-baik tempat termulia di sisi Ar Rahman. Meskipun perpisahan ini menyedihkan, namun kami penuh yakin bahawa anda tidak mati bahkan akan hidup selamanya disyurga Allah
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki
وتحيةً لجيش مصر العظيم الذي حمى الثورة منذ نزل إلى الشوارع وأمن الناس والمؤسسات بعد انسحاب الشرطة، وتلاحم مع المتظاهرين، ورفض محاولات توريطه والإيقاع بينه وبين الشعب، ولا عجب!! فالجيش هو جيش الشعب، وأبناؤه هم أبناء الشعب، ونحن نثق في أن السلطة التي اُئتمن عليها بصفة مؤقتة سوف يتم نقلها بطريقة سلمية إلى أهل السياسة؛ للحفاظ على مدنية الدولة وديمقراطيتها وإقامة المؤسسات التشريعية فيها وفق انتخابات حرة نزيهة
Salam penuh hormat kami juga buat angkatan tentera Mesir yang memelihara kebangkitan ini sedari awal semenjak ia bermula di jalanan, juga menjaga keselamatan rakyat dan hartabenda selepas tindakan pihak polis yang berlepas tangan. Mereka juga menolak segala usaha dipergunakan untuk bertembung dengan kehendak rakyat. Tiada yang pelik..! Kerana tentera ini adalah tentera rakyat, mereka adalah sebahagian rakyat ini, kami memberi kepercayaan bahawa kuasa pemerintahan sementara yang diamanahkan kepada mereka ini akan diserahkan secara aman kepada ahli-ahli politik, demi sebuah negara madani demokrasi dan pembentukan pemerintahan yang berdasarkan pilihanraya yang bebas dan adil.
وإلى الثائرين فى كل ربوع مصر، ولا سيما الشباب منهم، نقول: إن المرحلة الأسهل قد انتهت، رغم مرارتها وقسوتها؛ ألا وهي مرحلة هدم النظام الفاسد، أما المرحلة التالية فهي المرحلة الأصعب، وهي مرحلة بناء نظام جديد على أسس صحيحة تحترم فيها الحريات العامة وحقوق الإنسان وكرامته، وتتوزَّع فيها الثروة بطريقة عادلة، ويقام فيها العدل والمساواة وتكافؤ الفرص بين المواطنين، وتطبق فيها قواعد العدالة الاجتماعية، وتبنى مؤسسات الدولة على مبادئ وقيم وقوانين سليمة، ويكافح فيها الظلم والفساد، ويحارب الاستبداد حربًا لا هوادة فيها ولا تهاون معها
Dan untuk penuntut-penuntut perubahan di seluruh pelusuk Mesir, khususnya kepada pemuda, kita katakan: “Sesungguhnya fasa yang sebenarnya mudah telah berakhir, meskipun dipenuhi kepahitan dan kekejaman; iaitu fasa menghancurkan regim korupsi. Kini, fasa berikutnya adalah tahap yang lebih sukar, waktu untuk membina sistem baru berdasarkan asas kebenaran di mana kebebasan dan hak-hak asasi manusia dan maruah dihormati. Seterusnya pengagihan segala sumber kekayaan berasaskan keadilan, penegakan keadilan dan kesamarataan peluang antara warga negara. Perlaksanaan peraturan keadilan sosial serta pembinaan asas negara berteraskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai serta undang-undang yang sejahtera. Menumpaskan semua ketidakadilan dan kerosakan moral juga menentang sebarang bentuk kezaliman tanpa noktah apalagi untuk berkompromi dengannya.
أيها المواطنون الشرفاء.. لقد حققتم بفضل الله مكاسب عظيمة، فلا بد من حراستها والحفاظ عليها، وهذا يقتضي الاستمرار في اليقظة والانتباه والوحدة والإيجابية، والحب والتواصل، وفقنا الله جميعًا، وسدد على طريق الحق خطانا وحقق آمالنا لشعبنا وأمتنا ووطننا.
(وقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ ورَسُولُهُ والْمُؤْمِنُونَ)
Wahai rakyat yang penuh kemuliaan.. Anda telahpun mencapai kejayaan dengan bantuan Allah. Maka peliharalah ia sebaiknya. Bersiap siagalah sepenuh perhatian, jagalah kesatuan, kasih sayang dan hubungan kaliani. Semoga Allah membimbing kita semua dan membetulkan dengan tepat setiap langkah yang diambil demi memenuhi harapan kami dan juga rakyat, bangsa dan negara.
Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan
الإخوان المسلمون
القاهرة في: 8 من ربيع الأول 1432هـ= الموافق 11 من فبراير 2011م
Ikhwanul Muslimin
Kaherah
yang baik jadikan TEladan, yang buruk jgn buang jauh2, tapi jadikan Sempadan biar dapat berikan peringatan.
Saturday, February 12, 2011
Thursday, February 3, 2011
Aku masih dara
Biarlah dara sampai ke jinjang pelamin
Baru2 ni ade tonton Aku Masih Dara lakonan Ashraf Muslim yang memaparkan tentang kerosakan ahklak remaja di kotaraya zaman kini. Cerita ini sangat bagus untuk sedarkan kepada remaja2 kat luar sana tetapi matlamat tak menghalalkan cara, walau semurni mana niat kita. Bimbang kalau2 cerita ini makin merosakkan akhlak remaja kita. Bimbang makin terpengaruh pula dengan life style dalam cerita ini.
Apa2 pun nak komen sket la pasal cerita ini. YAng pertama, pasal taktik dakwah masuk disko. Teringat cerita bagaimana As-Syahid Imam Hasan Al-Banna berdakwah kepada orang2 ramai yang berada di disko. Walaupun pada hari pertama tiada sesiapa yang mahu mendengar tetapi lama2 semua orang di disko tersebut insaf dan meninggalkan bende2 mungkar tersebut. Dakwah tidak memilih sesiapa pun. So kepada sesiapa pun, dakwah bukan sahaja di masjid tetapi di mana2 sahaja orait?
Yang kedua, tentang ibubapa yang mahu anaknya berubah tetapi aku lihat, ibubapanya pun tidak menunjukkan tanda2 mahu berubah. Contoh: 'Sejuk tengok anak pakai tudung.' kata maknya yang tidak memakai tudung..Bagaimana mungkin niat murni untuk mengubah anak ini akan menjadi sekiranya anak ini tidak melihat contoh daripada ibubapanya? Oleh itu kepada bakal2 ibu dan bapa, sekiranya mahu anak2 kalian soleh dan solehah, hendaklah bermula dari diri kita sendiri orait?
Dalam cerita ini jugak, ashraf muslim berhasrat mahu berkahwin dengan gadis yang sungguh berbeza character dengan die. Seorang yang bukan kaki disko dengan ex-kaki disko. seorang yang tidak pernah mengaji dengan orang yang pandai mengaji. Senang cerita memang lain lah. Orang kata perkahwinan kena ada persefahaman dan persamaan. Tapi yang nak highlight dalam cerita ini, cukuplah persamaan jika dua2 bersetuju untuk hidup dengan cara Islam. Bila dua2 da faham tentang tujuan perkahwinan dalam Islam, insyaAllah benda2 lain akan dipermudahkan. Kesungguhan gadis dalam cerita itu untuk mencari Islam itulah yang paling sukar dicari pada gadis2 laen. Kerana itu lah yang akan mencorak kehidupan masa depan dunya wal akhirah. Orang yang luar nampak baik, belum pasti dalamnya sempurna. Oleh itu sentiasalah mengingati dan melengkapi.
Banyak lagi kalau nak kritik pasal filem nih, tapi korunk kritik la sendiri. Bahasa melampau, pergaulan melampau, dan lain2 yang aku bimbang keburukannya lebih banyak dari kebaikan.
Trailer Aku Masih Dara.
Tuesday, February 1, 2011
Mesir
Teringat zaman nabi musa Firaun ditenggelamkan oleh Allah di laut merah, lalu selamatlah bani2 israel. Firaun yg mengaku dirinya tuhan lemas meninggalkan hartanya yang dikumpul sekian lama. Allah telah menunjukkan kuasanya pada org yg leka dgn dunia.
Tidak lama sebelum Husni mubarak berkuasa, mesir diperintah oleh Anuar Sadat, seorang nasionalis arab yang menentang Islam. Sepanjang zaman pemerintahannya juga dipenuhi dengan akta2 kezaliman yang sentiasa menghalang kebebasan bersuara, undang yang hanya menguntungkan dirinya, siksaan dan pembunuhan sesiapa sahaja yg cuba menentang beliau.
Menurut undang-undang yang digubal ini, kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup termasuk penubuhan parti politik atau jamaah tanpa izin kerajaan, penubuhan kumpulan yang boleh merosakkan harta benda, orang ramai atau individu, lari dari cukai, menghasut rakyat, menghalang kegiatan kerajaan dalam bidang perniagaan atau pusat pengajian, mogok dan sebagainya. Imam masjid yang menerima gaji dari kementerian Auqaf dilarang mencampurkan agama dengan politik dalam setiap khutbah mereka. Sadat kerap menyebut jangan mencampur-adukkan agama dengan politik.
Akhirnya Anwar Sadat menemui ajalnya pada 6 Oktober 1981. Dia ditembak mati ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September. Omar Abdel-Rahman adalah 'syeikh buta' yang memberi inspirasi agar Anwar Sadat dibunuh. Omar juga yang memberi kelulusan agar Pengeboman World Trade Center 1993 dilakukan.
Adakah sejarah akan berulang kepada pemerintah mesir yang sekarang?
semoga Allah menyelamatkan Muslimin dan Muslimat yang berada di Bumi Anbiya sekarang ini.
Moga hati2 mereka bersatu dan berjuang hanya kerana Allah. Moga ditetapkan hati2 mereka
dalam perjuangan mendaulatkan Islam di sana. Aminn..
Subscribe to:
Posts (Atom)