Thursday, December 10, 2009

Nikah batin

Semalam baru pertama kali ak dengar psal nikah batin dekat paper. Nikah batin katanya adalah nikah yang berwali dan bersaksikan Allah semata2. Jika diikutkan, nikah ini tidak memenuhi rukun2 nikah yang di mana ia tiada wali saksi dan akad.

So kalau hendak diikutkan nikah tersebut adalah tidak sah. So sekarang kalau betol la perempuan tu nikah nga laki tuh secara nikah batin, memang tiada bukti apa2. Itulah. Islam da tetapkan hukum hakam xnak ikut. Klau nk kahwin kene ade saksi, wali n akad. sekarang bila laki da x mengaku, sape yg nk jadi saksi nikah korunk?? Islam tu syumul. semua rukun2 tu untuk kemaslahatan kita gak. Nak ikut kepala kita jer jadi macam nih laa. Kita tengok la camne keputusan mahkamah nanti..


Wanita minta nikah batin disahkan

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita semalam menarik perhatian ramai, termasuk media apabila mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi mengesahkan pernikahannya yang dilakukan secara batin (tajdi), empat tahun lalu.

Siti Zaharah Zakaria, 44, dalam permohonannya mendakwa pernikahannya bersama Mohd Noor Nordin, 41, di Bandar Sri Damansara di sini pada 30Jun 2005, dilakukan tanpa wali, jurunikah, saksi dan hanya bersaksikan Allah.

Permohonan itu, dipercayai yang pertama dikemukakan di mahkamah berkenaan, dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. Peguam Siti Zaharah, Zaidi Ibrahim, yang ditemui pemberita di luar mahkamah menjelaskan pernikahan itu hanya dihadiri pasangan berkenaan dan disudahi dengan hubungan kelamin menandakan perkahwinan itu sudah dimeterai dan kedua-duanya menganggap mereka sah sebagai suami isteri.

Siti Zaharah selaku plaintif dalam permohonan sama, turut memohon mahkamah mengesahkan pernikahan semulanya dengan Mohd Noor (defendan) yang dilakukan menerusi sindiket di Tak Bai, Thailand pada Julai 2005.

Zaidi memberitahu mahkamah permohonan anak guamnya sudah difailkan 10 November lalu, manakala pada 12 November pula pihaknya memasukkan afidavit tambahan serta notis saman terhadap Mohd Noor untuk hadir ke mahkamah. Mohd Noor yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun memberitahu mahkamah pernikahan secara batin itu tidak pernah berlaku, sebaliknya beliau bernikah dengan Siti Zaharah menggunakan sindiket di Tak Bai, Thailand.

“Pernikahan kami sebenarnya mempunyaidokumen yang sah, iaitu sijil nikah yang turut dikeluarkan jabatan agama di sana tetapi sudah dikoyakkan Siti Zaharah,” katanya.

Sebaik mendengar penjelasan Mohd Noor, Ketua Hakim Syarie, Mohamad Abdullah yang mengendalikan prosiding itu memerintahkan defendan untuk menyediakan pembelaan bertulis bagi menjawab permohonan plaintif berikutan beliau tidak mempunyai peguam.

“Kamu perlu menjawab semua permohonan yang dibuat isteri kamu secara bertulis dulu sebelum mahkamah dapat meneruskan perbicaraan kes ini sepenuhnya,” katanya. Mohamad turut menetapkan 11 Januari depan bagi mendengar pembelaan bertulis Mohd Noor berhubung permohonan yang dikemukakan responden sebelum menangguhkan kes berkenaan.

Siti Zaharah yang ditemui pemberita selepas prosiding itu, enggan memberi sebarang komen mengenai pernikahannya dan meminta semua pertanyaan dikemukakan kepada peguamnya.

Mohd Noor yang juga ahli perniagaan, berkata pernikahannya dengan Siti Zaharah adalah perkahwinan keduanya, tetapi mereka tidak dikurniakan anak.

“Tiada pernikahan secara batin berlaku antara saya dan Siti Zaharah. Permohonan itu mengaibkan saya serta mencalar maruah keluarga,” katanya.

No comments: