Monday, May 2, 2011

20 tahun dulu

Duduk bersama orang2 veteran best juge. Dengar cerita2 lama. Kadang2 bleh wat jadi sumber inspirasi. Kadang2 leh jadi pengajaran. Hehe. Last week aku dan family pergi kenduri cousin di Sg Ramal Dalam. Berjumpe dengan kawan study parent aku. Memang nostalgia lah. Semua cerita2 zaman dulu kala keluar. Nak tergelak jer dengar sume.

Cerita pasal masa diorang study dulu, program2 dakwah diorang. Tapi part yg best mase cerita pasal proses perkahwinan diorang r. Dipendekkan ceritanya, pakcik nih pergi meminang sendiri bakal isterinya ditemani oleh brothers2 seperjuangan. Nak pinang anak Datin. Sampai Datin tuh sound die, ''xde mak bapak ke nih? yg lagi 2 orang tuh lawyer ko ke?'' Yg part menarik gak, isteri die mase tgh dipinang nih, xtau sape yg akan pinang die pun daripada 3 org yg datang tuh. Sebabnya, suami die nih mmg selalu jadi org tgh untuk brother2 laen.

Dan alhamdulillah Allah pelihara mereka, sampai hari pernikahan mereka tidak pernah berdating2 atau berjumpa. Walaupun belaja kat satu tmpt yg sama.

2o tahun dulu, memakai tudung ini adalah benda yang asing giler. Bayangkan ustazah pon pakai selendang sahaja, apatah lagi orang2 biasa. Dan siapa yang pakai tudung nih, selalu jugak la dipandang slack oleh masyarakat zaman dahulu. Waktu berkahwin pula, wajib dibuat acara persandingan. Merenjis2 mempelai. Dan satu kebiasaan juga, bersanding wajib tak pakai tudung. If pakai tudung, waktu bersanding mesti bukak tudung. golongan brothers nih dahulu terpaksalah berlawan dengan ibubapa untuk tidak mengadakan majlis persandingan.

Bermacam2 tomahan yg terpaksa diterima dahulu oleh orang2 zaman itu kalau xmahu bersanding. Nak buang adat bukannya senang satu ketika dahulu.

Itu cerita 20+ tahun yang lepas. Zaman skrg nih alhamdulillah kita tgok orang pakai tudung merata2. Dan skrg dgn bermacam2 fesyen tudung, tudung labuh amat senang dicari. Baju labuh pun sudah mnjd trend. Alhamdulillah. Bersanding pun sudah bleh diedit2 supaya tidak merosakkan akidah. Hanya sekadar cukup syarat sahaja.

Fesyen muslimah sudah boleh diterima ramai. Tapi adakah sekadar luaran sahaja? Dalamanya pula bagaimana?

Adakah kite hendak harap perubahan dalaman 20+ tahun akan datang pula??

Adakah kita hanya hendak menjadi orang yang melihat sahaja perubahan ini? Mari kita bersama2 tanam azam dalam diri untuk bersama2 dalam usaha melakukan perubahan ini.
Sangat rugi jika potensi yang ada pada diri kita ini, kita hanya nak gunakan untuk dunia yang hanya sementara ini. Sangat rugi bagi diri2 kita yang Allah kurniakan kelebihan dalam IQ berbanding degan binatang jika kita juz gunakan untuk berhibur semata, atau mencari duit semata.

Mari kite rapatkan saf, kuatkan ukhuwah, bina ummah insyaAllah.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing/ghuraba). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".


No comments: