Monday, May 17, 2010

adab makan

salam sahabat2.

Nak share sedikit tntg cara makan. Dalam kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada 7 adab sebelum makan;

  1. makanan dari sumber yang halal
  2. membasuh tangan
  3. makanan diletakkan di atas lantai, melatih diri bertawaduk tetapi tiada masalah jika di atas meja
  4. duduk dengan cara yang betol. tidak bersandar atau berbaring
  5. berniat supaya makanan mendatangkan kekuatan beribadah
  6. bergembira dan bersyukur dengan rezki yang ada
  7. berusaha supaya tidak makan seorang diri
Adab ketika makan supaya diberkati Allah;

  1. mulakan dengan Bismillah
  2. makan dengan tangan kanan
  3. menguyah dengan baik
  4. jangan dicaci makanan
  5. sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat
  6. jangan menghembus atas makanan yang panas
  7. jangan makan berlebihan
  8. apabila terpaksa minum air pastikan ia sedikt sahaja kecuali sekiranya perlu
Adab selepas makan

  1. berhenti sebelum kenyang
  2. menjilat jari
  3. membasuh tangan
  4. berdoa
  5. mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi or flossing
  6. banyak bersyukur kepada Allah
  7. beristighfar supaya diampunkan Allah andai ada unsur2 syubhah dalam makanan kita.
semoga kita semua sentiasa diberkati dalam hidup kita.

imam Sahl bin Abdullah berkata; kejayaan terletak pada 3 perkara, iaitu mengambil makanan yang halal,menunaikan amalan fardhu dan mengikut panduan hidup Rasulullah saw.

wallahua'lam.

No comments: