Saturday, May 22, 2010

Ibu beranak tapi tidak berAnak


Sudah acap kali kita dengar berita anak2 yang tidak beribu dibuang merata2 seperti sampah yang dibuang merata2. Kadang2 terpikir juga di mana ibubapa kepada "IBU" ini yang tidak perasankan kesihatan dan perubahan anak2 mereka jika mereka ini pregnant. Memang mereka tidak tau atau buat2 tidak tau.

Maybe "IBU"2 ini memang sudah lame tidak beribubapa. Ada yang lari dari rumah mengikut boyfriend yang dicintai sampai mati. Sanggup berkorban demi cinta yang sejati sehingga menggadai body.

Apabila difikir2 dan dicari apakah punca masalah2 ini, mari kita kembali semula kepada islam. Islam sentiasa mengajak umatnya untuk menjauhi dari segala mudarat or darurat dan sebagainya. Tidak kira sama ada dalam bab kesihatan, zina, dan macam2 lagi.

Zina memang sudah terang2 diberitahu oleh Rabbuna HARAM. Dan cara yang terbaik untuk tidak berzina adalah dengan menjauhi benda2 yang beloh membawa kepada Zina. Semua orang tahu benda ini tapi nafsu sentiasa mengalahkan iman diri. Mungkin semua orang ingat iman mereka kuat lagi dan ayat 'jangan kamu dekati zina' itu hanya kepada orang yang lemah iman sahaja.

Melihat kembali kepada IBU yang tidak beranak ini, sungguh aku kasihan sekali. Bayangkan kau sudah ade anak tapi last sekali tidak beranak. Yang lagi malang tidak bersuami juga. Tapi yang lebih malang lagi adalah tidak pernah serik. Yang mereka serik hanyalah serik terlupa pakai protection.

Mereka lebih berhati2 memilih lelaki tetapi sayang sekali mereka tidak pernah ingin kembali semula menjadi hamba kepada RABB. Mereka masih lagi berpakaian yang dan ketat2. Apabila melihat IBU2 ini, terfikir kenapa tidak pernah hndak berubah? Begitu juga dengan ahli2 keluarganya kadang2. Tetap membiarkan anak itu keluar bebas dengan lelaki2 tanpa mengawal walau sedikit pon. Malah tidak menjadikan pengajaran untuk anak2 mereka yang laen.

Ibubapa memainkan peranan yg sgt penting dalam membentuk masyarakat Islam yg seIslam2nya. Moga2 kita semua menjadi muslim yg beriman n beramal soleh.


Thursday, May 20, 2010

EdCoustic - Nantikan aku di batas waktu






salam. lagu yang ku tujukan kepada semua sahabat2 di sana yang ingin mencari cinta sejati. :)



Monday, May 17, 2010

adab makan

salam sahabat2.

Nak share sedikit tntg cara makan. Dalam kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada 7 adab sebelum makan;

  1. makanan dari sumber yang halal
  2. membasuh tangan
  3. makanan diletakkan di atas lantai, melatih diri bertawaduk tetapi tiada masalah jika di atas meja
  4. duduk dengan cara yang betol. tidak bersandar atau berbaring
  5. berniat supaya makanan mendatangkan kekuatan beribadah
  6. bergembira dan bersyukur dengan rezki yang ada
  7. berusaha supaya tidak makan seorang diri
Adab ketika makan supaya diberkati Allah;

  1. mulakan dengan Bismillah
  2. makan dengan tangan kanan
  3. menguyah dengan baik
  4. jangan dicaci makanan
  5. sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat
  6. jangan menghembus atas makanan yang panas
  7. jangan makan berlebihan
  8. apabila terpaksa minum air pastikan ia sedikt sahaja kecuali sekiranya perlu
Adab selepas makan

  1. berhenti sebelum kenyang
  2. menjilat jari
  3. membasuh tangan
  4. berdoa
  5. mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi or flossing
  6. banyak bersyukur kepada Allah
  7. beristighfar supaya diampunkan Allah andai ada unsur2 syubhah dalam makanan kita.
semoga kita semua sentiasa diberkati dalam hidup kita.

imam Sahl bin Abdullah berkata; kejayaan terletak pada 3 perkara, iaitu mengambil makanan yang halal,menunaikan amalan fardhu dan mengikut panduan hidup Rasulullah saw.

wallahua'lam.