Saturday, August 9, 2008

Malu

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh
ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga
Kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai
Batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal
Diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah
Auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita
Gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita
Lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan
Oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan
Si wanita agar bersama-sama jaga maruah
Diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri
Dan si wanita tentang batas-batas sosial
Pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan
Mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si
Wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan
Dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki
MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa
Tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si
Lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU
ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah
Menzalimi diri dengan meletakkan MALU
Itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana
Ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw
Kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas
Membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan
Menyelamatkan kita dari fahsyar wal Mungkar!!!

Tuesday, August 5, 2008

Al-zheimers






Penyakit Al-Zheimers merupkan penyakit yang sedang menular di kebanyakan negara2 yang sudah membangun. Punca penyakit ini masih tidak diketahui dan masih belum ade penawarnya juga. Penyakit ini yang boleh menjadikan para penghidapnya menjadi lupa (macam nyayuk laa) dan hilang kebolehan untuk berkata2 dengan fasih telah menyerang ramai orang tanpa mengenal apa2. Ramai yang hilang kerja kerana nya dan juga ramai yang hilang ahli keluarga kerananya.

Semoga kita semua dilindungi dari penyakit ini, InsyaAllah. HAri ini kita lihat orang laen menderita, hari esok siapa yang tahu nasib kita bagaimana. Semoga kite diberikan pengakhiran hidup yang baik di sisi Allah.

P/S: video kat atas nih hanyalah hiasan semata2. sape2 yang nak hayati dipersilakan. =)

Sunday, August 3, 2008

Perbaharui Syahadah Antum

Dalam sehari sama ada kite sedar atau pon tak, kite sebenarnyer mengucap 2 kalimah syahadah sebanyak 9 kali. Tp tu jika kiter tunaikan solat fardhu lima kali sehari n tak termasuk kiter wat solat2 sunat.

Tapi sejauh manakah kiter menghayati persaksian kiter terhadap Allah? Sebab tu kalau kat skool lame dulu, bile ade macam x kene jer(buat poblem laa ni..langar rules kerr), bdak2 nih la selalu suruh cek solat. "Cek balik solat Antum!"

Jika semua muslim yang menunaikan solat fardhu benar2 menghayati kalimah tersebut;

" Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,"

InsyaAllah tidak akan ada sesiapa pon yang akan berani membuat kemunkaran. Semua manusia ini akan mengabdikan diri kepada Allah dengan sebenar2 pengabdian. Oleh itu bila ada perintah dari Allah maka dapat dilaksanakan tanpa susah payah dan alasan2.

Ini yang Rasulullah tanamkan dalam jiwa para sahabat ketika mereka mula2 masuk ke dalam Islam. Ini yang dinamakan kekuatan Akidah. Mereka Faham akan agama.

Dan dalam hadis Sahih Bukhari wa Muslim,

" sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, maka Allah akan memberinya kefahaman dalam agama,"

Oleh itu,kiter sebagai umat nabi Muhammad yang banyak dugaan2 dan cabaran serta begitu jauh dengan Baginda SAW, kene la berusaha utk dapatkan kefahaman agama itu. Tunaikan persaksian kite kepada Allah seperti mana yang kite selalu lafazkan dalam solat kita. Kotakan janji kite padaNya.