Friday, July 9, 2010

israk mikraj- pengembaraan terhebat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi nikmat untuk hidup lagi bertemu dengan bulan rejab dan insyaAllah bulan Sya'ban dan Ramadan selepas ini. Para ulama banyak berbahas tentang tarikh sebenar israk mikraj ini tetapi semuanya bersetuju tentang peristiwa2 yang berlaku dalam pengembaraan yang paling agung dan hebat dalam sejarah manusia. Lebih hebat dari pengembaraan mendaki Everest, tawan kutub utara, keliling dunia dan sebagainya.

Pengembaraan bertemu dengan Allah, masyaAllah. Siapakah antara manusia yang terpilih itu? tidak lain dan tidak bukan tentulah nabi Muhammad kita.

Simboliknya pengembaraan yang agung di mana baginda bertemu dengan Allah, dapat kita lihat ketika hati Rasulullah telah dibedah dan dibersihkan dengan air dari telaga zam zam. Kemudian baru dibawa oleh Jibril menaiki buraq ke masjidil aqsa dan kemudian ke sidratul muntaha. Menunjukkan bahawa dalam setiap perjalanan hidup kita untuk bertemu Allah atau untuk mencari redha Allah hendaklah bermula daripada pembersihan hati.

lagu Hijaz;

pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki,
kalau hati itu bersih...

hati bila sudah bersih,
pandangannya tepat kehendak Allah,...



RAsulullah juga banyak berbicara tentang seketul daging yang terdapat dalam badan manusia ini. jika baik ia, maka baiklah seluruhnya dan jika buruk ia maka buruklah seluruhnya. itulah hati.

Marilah kita kembali semula kepada fitrah kita dengan membersihkan hati kita sedaya upaya kita. Banyakkan amal2 ibadah sunat di samping ibadah wajib kita. Perbanyakkan amalan membaca Quran dan menghayati maksudnya. BEtolkan solat kita. Tanam niat untuk sentiasa berubah menjadi lebih baik dari hari ini.

setiap pengembaraan pasti ada liku2nya. itu sudah menjadi sunnatullah. Moga kita diberi kekuatan untuk sentiasa thabat dalam amal perbuatan kita.

Israk mikraj bukan sekadar ini sahaja. terdapat banyak lagi pengajaran yang boleh kita pelajari dan hayati. semoga kita sentiasa mencari. insyaAllah.