Monday, July 6, 2009

Insan yang berfikir


Malam itu selepas solat isya berjemaah di surau, aku menghampiri sahabat baruku yang ku kenal di sebuah kem motivasi. Aku melihat kekhusyukan beliau memohon doa selepas solat sunat ba’diyah. Buat seketika aku sangat mencemburui kekhusyukannya itu. Jarang sekali aku sekhusyuk itu dalam seumur hidupku ketika memohon doa meskipun begitu banyak doa-doa panjang yang fasih dituturkan lidahku ini.

Selepas beliau sudah selesai aku dan Ijan melepakkan diri di kedai makan tempat biasa aku selepas Isya di masjid. Malam bersama Ijan pada hari itu telah memberikan aku sebuah pengajaran yang jarang didapati di kelas-kelas Kafa milik kerajaan negeri aku.

Ijan seorang yang sangat berkemahiran dalam bidang muzik yang pada ketika itu bagiku muzik merupakan perkara yang dibenci agama. namun begitu setiap insan mempunyai kelebihan masing-masing aku kira. Tetapi bukan muzik yang aku berminat dengannya. Aku bertanya padanya, ” kenapa aku lihat kamu begitu khusyuk dalam doa kamu? Kadang-kadang aku melihat kamu menangis. “

Ijan menjawab

“ Aku pun tidak tahu. Sebenarnya sangat keliru. Aku merasakan amal ibadatku tidak pernah sempurna. Aku tidak mengerti lafaz-lafaz yang ku biasa ucapkan. Al-FAtihah pun tidak. Hendak belajar aku tidak tahu di mana hendak bermula. Dulu aku diajar membaca Quran di rumah sahaja dengan seorang ustaz. Aku tidak ke sekolah agama. Sekarang aku tidak tahu macam mana. Hendak bertanya kawan-kawan, semua macam tak pernah fikir macam aku fikir nih. Hapy go lucky je semua. Asal solat cukup waktu, sudah. Aku rasa sangat takut solat-solat yang aku lakukan ini tak pernah dipandang oleh Allah. Orang kata solat jemaah 27 kali ganda tapi aku lihat dekat surau mana-mana especially dekat Mall, tak pernah pun ada jemaah walhal ramai jer yang solat. Dengan kawan-kawan aku lagi la. Solat express, buat yang wajib jerr katanya. “

Terkedu aku mendengar jawapan yang diberikannya itu. Tidak pernah aku berfikir adakah solat-solat dan amalan yang aku lakukan selama hidupku sejak akil baligh ini diterima Allah atau pun tidak. Di kelas ustaz selalu cakap hidup untuk mencari keredhaan Allah. Tetapi adakah semudah ini??Aku sangat bertuah dibandingkan dengan Ijan kerana keluargaku sungguh tegas dalam bidang agama ini. Tetapi tidak pernah aku terfikir sebegini. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan.

Siapakah yang lebih mulia, seorang yang berlatarkan muzik atau orang yang dari kecil bersekolah agama? Aku berfikir. Orang kata yang membezakan manusia itu adalah taqwa. Adakah itu taqwa? Adakah hanya dengan bersekolah agama kita peroleh taqwa? Atau dengan taqwa kita menjadi orang yang beragama or Thiqah meskipun kita bermain muzik?

Sejak dari itu aku dan Ijan selalu berjumpa. Kami berdiskusi. Kami saling belajar dari satu sama yang lain. Alhamdulillah Ijan sudah mengerti setiap lafaz dalam solatnya. Dan bagi aku pula, ibadahku menjadi lebih bermakna, bukannya hanya sekadar amal biasa. Namun yang ku kagumi dengan Ijan adalah semangatnya untuk meninggalkan muzik kerana katanya, taqwa bukan hanya dengan berfikir tetapi bila fikir itu dipraktikkan. Bukan hanya tahu Bahawa Allah itu ada tetapi memberitahu Bahawa Allah itu tuhan. Islam itu cara hidup. Banyak benda lain yang wajib dia belajar dahulu sebelum dia kembali semula kepada muziknya. Dalam hati aku berdoa moga-moga tokoh seperti Yusof Islam lahir dari diri sahabatku ini.

Benarlah orang berkata jika kita bersama dengan penjual minak wangi maka kita pun akan berbau wangi. Dan jika kita bersama dengan tukang besi maka kita pun pasti akan terkena sedikit percikan api itu. Iman tidak dapat diwarisi. Tetapi hanya diberikan kepada insan-insan yang berfikir.


p/s: sebuah kisah benar yang telah diolah demi menjaga maslahat semua.