Wednesday, October 22, 2008

taksub


Esok malam aku akan bergerak ke Bangalore untuk menyertai Program Jassi anjuran IMAM india. Bila dipikir kembali kepada tujuan program2 sebegini diadakan, adakah ia sesuatu yang perlu?

"golongan muda senang terpengaruh, join bende2 macam gerakan ini, xtau la dapat manfaat aper" pendapat sesetengah orang. Namun bagi aku, ada betolnye jugak pendapat2 seperti ini. kekadang org2 muda mcm aku nih suka sgt join2 proram2 mcm ni sebab semangat 'Islamiknya'. tiada salahnya b'semangat tapi hendaklah berpada2.

Bagi aku, program2 seperti ini merupakan salah satu cara untuk aku mengisi masa luang di samping menambah ilmu serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama para peserta yang lain.

Oleh itu bagi aku tidak timbul persoalan taksub dengan sesuatu organisasi sehingga kita mengabaikan benda laen seperti study yang sememangnye menjadi first priority dalam hidup seorang student. TErkadang ade orang yang taksub dengan persatuannya sehingga kan tidak mahu bergaul dengan orang dari persatuan yang laen. saling BoycoT mem BoYcoT. Sedangkan segala sesuatu itu hendaklah bermatlamat hanya kepada mencari keredhaan Allah.

so sepatutnya, kita hendaklah bekerjasama dalam mengejar matlamat itu. Saling bantu membantu. tidak kisahlah dari persatuan mana. Berusahalah untuk ke arah persamaan. Jika ada perbalahan, muhasabah kembali. Dan tiada Wala' yanglebih agung kecuali kepada Allah dan RAsulnya. oleh itu, jangan teragak2 untuk menyatakan kebenaran meskipun takut kehilangan jawatan atau kedudukan.

sedangkan Imam2 mazhab pun saling menghormati antara satu sama laen. inikan pula kita yang hanya mempunyai ilmu sedalam mana sahaja. Contohnya kisah Imam Syafie yang mengimami solat subuh berhampiran dengan kubur Imam Hanafi. Beliau tidak melakukan Qunut bagi menghormati pendapat Imam Hanafi yang mengatakan qunut bukan sunat ketika solat subuh.

terdapat banyak lagi contoh antara imam2 mazhab yang saling hormat menghormati antara satu sama lain. hilangkan perbezaan, makmurkan persamaan. InsyaAllah akan membawa kepada kejayaan.

Oleh itu, bagi aku, di samping join program aku dapat jugak jalan2, rehat2 bersama kawan2. SO lastly anda enjoyla. x sabo nk gi JAlan2 join JASSI.

mintak ampun kalau korunk x paham. haha.