Monday, December 15, 2008

Ikhlas

Kat jassi, program IMAM kat bangalore aku berjumpa dengan Ustaz Muhaymen. Saje nak mintak nasihat sket dari orang2 alim. Aku bertanye la kepada Ustaz, macam mana nk kekal dalam keikhlasan dalam tugas kite seharian. Dalam tugas menjadi daei ila Allah. Sebab nak jadi daei bukan senang. Kadang2 orang puji, marah2 sampai kita pon terlupe niat kite lillahi taala.

So Ustaz pesan, kalau kamu buat satu perkara jangan mengharap apa2 balasan atau penghormatan.Kalau kamu tinggalkan satu2 perkara tu, jangan fikir kamu nak tinggal kerana orang tak suka.

Kerana kalau kamu mengharap balasan orang, ingatlah bahawa balasan dari Allah tu lagi besar dan x ternilai bila dibandingkan dengan penghargaan yang kita dapat dari manusia. Dan kalau kamu takut orang x suka, ingatlah bahawa balasan Allah lagi dahsyat dari balasan yang kamu dapat dari manusia. Bayangkan siksaan Allah compare dengan benda terbatas yang manusia boleh kasi kat kite.

So ape2 pon kite kene betolkan niat kite. InsyaAllah dipermudahkan segala kesusahan.

Dan satu lagi, perbanyakkan lah doa kepada Allah. Mintak ikhlas dari Allah.

"Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang2 yang ikhlas dan orang yang berilmu pengetahuan"

moga2 kita menjadi orang2 yang sentiasa ikhlas dalam perjuangan kita menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.





Wednesday, December 3, 2008

hudaibiyah

"tidak berlaku dalam islam kejayaab yang yang lebih besat daripada kejayaan perang hudaibiyah. Sekali pun jika dibandingkan dengan kejayaan perang Badar, Uhud, Khandaq dan laen2 lagi.

sesungguhnya manusia berperang selama ini apabila mereka bertembung. Apabila perjanjian hudaibiyah telah berjaya dilaksanakan oleh RAsulullah, api peperangan telah terpadam.

Mereka hidup dalam aman dan damai, saling bertemu dan berbincang antara satu sama yang laen. Islam semakin diterima penentangnya kerana sememangnya Islam itu agama yang paling sesuai untuk mengatur kehidupan manusia.

dalam masa beberapa tahun selepas perjanjian damai, semakin ramai orang yang menganut agama islam. berbanding semasa orang islam dan kafir berperang"

IBNU HISHAM