Tuesday, February 1, 2011

Mesir


Teringat zaman nabi musa Firaun ditenggelamkan oleh Allah di laut merah, lalu selamatlah bani2 israel. Firaun yg mengaku dirinya tuhan lemas meninggalkan hartanya yang dikumpul sekian lama. Allah telah menunjukkan kuasanya pada org yg leka dgn dunia.
Tidak lama sebelum Husni mubarak berkuasa, mesir diperintah oleh Anuar Sadat, seorang nasionalis arab yang menentang Islam. Sepanjang zaman pemerintahannya juga dipenuhi dengan akta2 kezaliman yang sentiasa menghalang kebebasan bersuara, undang yang hanya menguntungkan dirinya, siksaan dan pembunuhan sesiapa sahaja yg cuba menentang beliau.
Menurut undang-undang yang digubal ini, kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup termasuk penubuhan parti politik atau jamaah tanpa izin kerajaan, penubuhan kumpulan yang boleh merosakkan harta benda, orang ramai atau individu, lari dari cukai, menghasut rakyat, menghalang kegiatan kerajaan dalam bidang perniagaan atau pusat pengajian, mogok dan sebagainya. Imam masjid yang menerima gaji dari kementerian Auqaf dilarang mencampurkan agama dengan politik dalam setiap khutbah mereka. Sadat kerap menyebut jangan mencampur-adukkan agama dengan politik.

Akhirnya Anwar Sadat menemui ajalnya pada 6 Oktober 1981. Dia ditembak mati ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September. Omar Abdel-Rahman adalah 'syeikh buta' yang memberi inspirasi agar Anwar Sadat dibunuh. Omar juga yang memberi kelulusan agar Pengeboman World Trade Center 1993 dilakukan.

Adakah sejarah akan berulang kepada pemerintah mesir yang sekarang?
semoga Allah menyelamatkan Muslimin dan Muslimat yang berada di Bumi Anbiya sekarang ini.
Moga hati2 mereka bersatu dan berjuang hanya kerana Allah. Moga ditetapkan hati2 mereka
dalam perjuangan mendaulatkan Islam di sana. Aminn..

Sunday, January 30, 2011

hujan


Salam perjuangan.

Hujan yang melanda dari utara malaysia sehingga ke selatan tidak menampakkan tanda-tanda redanya. HUjan adalah anugerah Allah kepada makhluknya. Oleh itu sebagai hamba, sentiasalah memanjatkan syukur dan jangan merungut2 atau lebih teruk lagi menyalahkan hujan yang tidak berhenti ini.

Bila asyik hujan ni teringat ayat 11 surah al-anfal yang menyentuh pasal hujan :

"ingatlah ketika Allah membuat kamu menjadi mengantuk untuk memberi ketenteraman dariNya dan Allah Allah menurunkan air hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan gangguan2 setan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguhkan pendirianmu."

ayat ini diturunkan ketika perang badar di mana ALlah telah menidurkan orang islam serta menurunkan rahmat hujan utk memberi kesegaran dan kekuatan kepada mereka sebelum mereka melaksanakan tuntutan dakwah Islam.

terdapat banyak lagi tentang hujan dalam al-quran. cerita tentang penciptaan hujan, tujuan hujan, dan sebagainya. moga kita mendapat kekuatan untuk terus teguh pada jalan dakwah insyaAllah.


Sunday, November 7, 2010

dunia


Alhamdulillah kita masih lagi dalam Iman dan ISlam yang telah dididik sejak kita lahir lagi. SEkadar persoalan, seandainya ibubapa kita bukan seorang muslim, mampukah kita untuk mencari kebenaran? Bersyukurlah pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha PEnyayang yang telah memilih kita sejak kita di alam ru lagi. Alhamdulillah..


إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

maksudnya: sesungguhnya kami menjadikan apa2 yang ada di dunia sebagai perhiasan untuk kami menguji siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya. (surah al-kahfi ayat 7)

moga kita dapat menghayati ayat yang diturunkan pada kita ini. Wallahua'lam.

Friday, October 22, 2010

HEREAFTER

Alhamdulillah di saat menulis dan membaca coretan ini, kita masih lagi dikekalkan dengan nikmat panca indera yang tidak terkira. Dalam Mukjizat yang mulia, ALQuran al karim banyak sekali menyebut tentang nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan. Andai kita memandang nikmat2 ini dengan begitu enteng sekali, rugi la kita. Nikmat sebesar mana lagi kah yang kita mahu tunggu untung kita mensyukuri nikmat2 tuhan? Bersyukurlah.

X cukup2 lagi ker nikmat2 itu untuk kita mula bersyukur? Jgn hanya bersyukur pada Lidah sahaja tanpa bersyukur dgn amal perbuatan kita..Bersyukurlah..

Aku baru tgok trailer muvie HEREAFTER. Kisah ni menceritakan orang2 di sana yang mahu mencari tentang hidup selepas mati melalui watak heronya yang telah diberikan SPECIAL GIFT ini. YAng menarik bagi aku dalam cerita ini, adalh bagaimana semua orang2 dalam cerita itu hendak tahu bagaimana kehidupan selepas mati. WAlaupun aku percaya mereka semua tahu mengenai syurga dan neraka tetapi masih mencari juga tentang realiti HEREAFTER.

Bagi umat islam, HEREAFTER banyak diceritakan kepada kita melalui ALQURAN dan HADIS. BEgitu jelas dan terang sekali. SEmuanya bergantung kepada kita bagaimana kita mahu ke sana. Tanyakanlah pada diri sendiri, betolkah cara hidup diri ini untuk mendapat ganjaran tertinggi di HEREAFTER kelak? LU pikirlah sendiri yerrr,,

Dan satu lagi dalam cerita ini bagaimana watak heronya yang telah diberi special gift untuk menolong orang2 ini berputus asa atau bosan dengan GIFT nya itu. Maybe dalam perspektif aku, aku melihat bahawa jika dalam hidup tiada matlamat yang cukup terang dan jelas maka hidupnya akan bosan even die mempunyai kelebihan. DAn dia akan simpan kelebihannya itu untuk dirinya sendiri sahaja.

DAn dalam dunia ini, sudah sunnatullah semua orang mempunyai kelebihan masing2. dan jika kita tidak sedar lagi tentang matlamat hidup kita yg sebenarnya maka mudahla kita untuk berputus asa dalam perjuangan kita.

BERSAMA Kita carik matlamat sebenar tujuan hidup kita. INSYAALLAH.
HIDUP MULIA MATI SYAHID.



Saturday, September 18, 2010

berusaha berdoa bertawakal

Assalamualaikum wbt.
Selamat Eidil Fitri. TAqabbalallahu Minna wa Minkum.


"رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُن وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاما"

"Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 25:74)



Friday, July 9, 2010

israk mikraj- pengembaraan terhebat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi nikmat untuk hidup lagi bertemu dengan bulan rejab dan insyaAllah bulan Sya'ban dan Ramadan selepas ini. Para ulama banyak berbahas tentang tarikh sebenar israk mikraj ini tetapi semuanya bersetuju tentang peristiwa2 yang berlaku dalam pengembaraan yang paling agung dan hebat dalam sejarah manusia. Lebih hebat dari pengembaraan mendaki Everest, tawan kutub utara, keliling dunia dan sebagainya.

Pengembaraan bertemu dengan Allah, masyaAllah. Siapakah antara manusia yang terpilih itu? tidak lain dan tidak bukan tentulah nabi Muhammad kita.

Simboliknya pengembaraan yang agung di mana baginda bertemu dengan Allah, dapat kita lihat ketika hati Rasulullah telah dibedah dan dibersihkan dengan air dari telaga zam zam. Kemudian baru dibawa oleh Jibril menaiki buraq ke masjidil aqsa dan kemudian ke sidratul muntaha. Menunjukkan bahawa dalam setiap perjalanan hidup kita untuk bertemu Allah atau untuk mencari redha Allah hendaklah bermula daripada pembersihan hati.

lagu Hijaz;

pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki,
kalau hati itu bersih...

hati bila sudah bersih,
pandangannya tepat kehendak Allah,...



RAsulullah juga banyak berbicara tentang seketul daging yang terdapat dalam badan manusia ini. jika baik ia, maka baiklah seluruhnya dan jika buruk ia maka buruklah seluruhnya. itulah hati.

Marilah kita kembali semula kepada fitrah kita dengan membersihkan hati kita sedaya upaya kita. Banyakkan amal2 ibadah sunat di samping ibadah wajib kita. Perbanyakkan amalan membaca Quran dan menghayati maksudnya. BEtolkan solat kita. Tanam niat untuk sentiasa berubah menjadi lebih baik dari hari ini.

setiap pengembaraan pasti ada liku2nya. itu sudah menjadi sunnatullah. Moga kita diberi kekuatan untuk sentiasa thabat dalam amal perbuatan kita.

Israk mikraj bukan sekadar ini sahaja. terdapat banyak lagi pengajaran yang boleh kita pelajari dan hayati. semoga kita sentiasa mencari. insyaAllah.

Saturday, June 5, 2010

Peringatan dari Gaza


Salam semua.

Mingu lepas Israel macam bese teruskan normal activity daily life diorang iaitu membunuh n membunuh n membunuh.

Dan Amerika or UN pon macam bese suh Israel siasat n siasat.

Dan di Malaysia semangat aku melihat masjid2 melakukan solat hajat secara berjemaah. BErdemonstrasi. Mengedarkan flier memboikot brg2 yahudi, amerika dan lain2.

Tetapi yang aku takutnya, macam pepatah orng Jawa, Hangat2 tahi ayam. klu Alang2 seluk pekasam biarlah ke pangkal lengannya xpela.

Islam akan tertegak dengan sendirinya bila sume orang2 islam beramal dengan Islam. N nak beramal dengan Islam kena lah bermujahadah. Berkorban sedikit di dunia untuk peroleh keuntungan yang berlipat ganda di akhirat.

oleh itu, kepada semua marilah kita kuatkan diri kita supaya diri ini sentiasa kuat untuk solat hajat tiap2 hari dengan sendirinya, bukan hanya ketika benda2 dah jadi teruk macam nih baru mula terasa.

nak kuatkan diri x ada cara laen kecuali kene ikut Al-Quran dan Rasulullah.

moga kita semua kuatkan diri masing2.

orang alim ulama ada berkata " jika hati ini tidak gelisah jika lalai dlm ingat kepada Allah, maka hati tidak akan tenang jika kita berzikir padaNya."

WAllahua'lam.