Saturday, May 22, 2010

Ibu beranak tapi tidak berAnak


Sudah acap kali kita dengar berita anak2 yang tidak beribu dibuang merata2 seperti sampah yang dibuang merata2. Kadang2 terpikir juga di mana ibubapa kepada "IBU" ini yang tidak perasankan kesihatan dan perubahan anak2 mereka jika mereka ini pregnant. Memang mereka tidak tau atau buat2 tidak tau.

Maybe "IBU"2 ini memang sudah lame tidak beribubapa. Ada yang lari dari rumah mengikut boyfriend yang dicintai sampai mati. Sanggup berkorban demi cinta yang sejati sehingga menggadai body.

Apabila difikir2 dan dicari apakah punca masalah2 ini, mari kita kembali semula kepada islam. Islam sentiasa mengajak umatnya untuk menjauhi dari segala mudarat or darurat dan sebagainya. Tidak kira sama ada dalam bab kesihatan, zina, dan macam2 lagi.

Zina memang sudah terang2 diberitahu oleh Rabbuna HARAM. Dan cara yang terbaik untuk tidak berzina adalah dengan menjauhi benda2 yang beloh membawa kepada Zina. Semua orang tahu benda ini tapi nafsu sentiasa mengalahkan iman diri. Mungkin semua orang ingat iman mereka kuat lagi dan ayat 'jangan kamu dekati zina' itu hanya kepada orang yang lemah iman sahaja.

Melihat kembali kepada IBU yang tidak beranak ini, sungguh aku kasihan sekali. Bayangkan kau sudah ade anak tapi last sekali tidak beranak. Yang lagi malang tidak bersuami juga. Tapi yang lebih malang lagi adalah tidak pernah serik. Yang mereka serik hanyalah serik terlupa pakai protection.

Mereka lebih berhati2 memilih lelaki tetapi sayang sekali mereka tidak pernah ingin kembali semula menjadi hamba kepada RABB. Mereka masih lagi berpakaian yang dan ketat2. Apabila melihat IBU2 ini, terfikir kenapa tidak pernah hndak berubah? Begitu juga dengan ahli2 keluarganya kadang2. Tetap membiarkan anak itu keluar bebas dengan lelaki2 tanpa mengawal walau sedikit pon. Malah tidak menjadikan pengajaran untuk anak2 mereka yang laen.

Ibubapa memainkan peranan yg sgt penting dalam membentuk masyarakat Islam yg seIslam2nya. Moga2 kita semua menjadi muslim yg beriman n beramal soleh.


Thursday, May 20, 2010

EdCoustic - Nantikan aku di batas waktu






salam. lagu yang ku tujukan kepada semua sahabat2 di sana yang ingin mencari cinta sejati. :)



Monday, May 17, 2010

adab makan

salam sahabat2.

Nak share sedikit tntg cara makan. Dalam kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada 7 adab sebelum makan;

  1. makanan dari sumber yang halal
  2. membasuh tangan
  3. makanan diletakkan di atas lantai, melatih diri bertawaduk tetapi tiada masalah jika di atas meja
  4. duduk dengan cara yang betol. tidak bersandar atau berbaring
  5. berniat supaya makanan mendatangkan kekuatan beribadah
  6. bergembira dan bersyukur dengan rezki yang ada
  7. berusaha supaya tidak makan seorang diri
Adab ketika makan supaya diberkati Allah;

  1. mulakan dengan Bismillah
  2. makan dengan tangan kanan
  3. menguyah dengan baik
  4. jangan dicaci makanan
  5. sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat
  6. jangan menghembus atas makanan yang panas
  7. jangan makan berlebihan
  8. apabila terpaksa minum air pastikan ia sedikt sahaja kecuali sekiranya perlu
Adab selepas makan

  1. berhenti sebelum kenyang
  2. menjilat jari
  3. membasuh tangan
  4. berdoa
  5. mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi or flossing
  6. banyak bersyukur kepada Allah
  7. beristighfar supaya diampunkan Allah andai ada unsur2 syubhah dalam makanan kita.
semoga kita semua sentiasa diberkati dalam hidup kita.

imam Sahl bin Abdullah berkata; kejayaan terletak pada 3 perkara, iaitu mengambil makanan yang halal,menunaikan amalan fardhu dan mengikut panduan hidup Rasulullah saw.

wallahua'lam.

Thursday, April 15, 2010

lagu buat gaza

khusnul khatimah

Jika seseorang lisannya terbiasa dg zikir kepada Allah,SWT pada menjelang ajalnya dia tidak akan mengucapkan kata-kata lain selain berzikir kepada Allah,SWT. Berikut ini kisah seorang pemuda yg meninggal Husnul Khatimah di jalan tol.

Seorang petugas jalan tol bercerita : " Suatu ketika melintas sebuah mobil di jalan tol yg dikemudikan seorang pemuda dg kecepatan standar, tiba-tiba mobilnya mogok di terowongan. Ia pun turun untuk memeriksa mobilnya, tanpa disangka dari arah belakang tiba-tiba ia ditabrak oleh mobil lain hingga terpental. Ia mengalami cedera yg sangat parah.

Maka kamipun membawanya dg mobil dan kami menghubungi rumah sakit. Sewaktu kami meletakkannya dalam mobil dan kami pergi, kami mendengat ia membaca Al-Qur'an dg suara merdu. Subhanallah Aku yakin dia akan meninggal dalam keadaan mulia. Ia terus membaca Al-Qur'an , aku pun menoleh kebelakang dan aku lihat pemuda itu sedang mengacungkan jari telunjuknya sembali mengucapkan kalimah syahadah, kemudian kepalanya terjatuh. Aku melompat ke belakang dan kuperiksa pemuda itu ternyata sudah tiada . Ia telah meninggal.

Aku memandanginya sambil menitikkan air mata. Aku memberitahukan temanku bahwa ia sudah meninggal. Temanku pun meledak tangisannya, sedang aku menangis tersedu-sedua. Air mataku terus menetes tiada henti. Keadaan kami di dalam mobil sungguh-sungguh sangat mengharukan.

Kami pun mengantarkannya ke rumah sakit dan menghubungi keluarganya dan menceritakan apa yg terjadi pada pemuda tsb s/d meninggalnya. Keluarganya menceritakan kalau pemuda tsb memang selalu berziarah ke makam neneknya di kampung, ia selalu memberikan sedekah kepada para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin sehingga kampung itu sangat mengenal pemuda tsb.

Dan keluarganya juga menceritakan kalau Pemuda tsb juga sering memanfaatkan perjalanan panjang ke kampung dg menghafal Al-Qur'an dan mengulang-ngulangny a serta mendengarkan kaset-kaset pengajian dan ceramah agama (yg bermanfaat).

Ya Allah Ya Rabbana bimbinglah Kami kepada yg Engkau Ridhai dan Engkau Cintai dari segala perbuatan,perkataan , fikiran dan hati kami serta waktu sehat hidup kami yg tersisa ini dan wafatkanlah kami dalam keadaan Husnul Khatimah...Amiin

Wednesday, March 10, 2010

at-TAubah

Salam semua. Aku mahu berkongsi sebuah firman Allah;

"Dan siapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim"
(al-hujurat 42:11)

Dalam sebuah hadiss kudsi;

"Wahai anak cucu Adam, tidakkah engkau berdoa kepada-Ku dan berharap ampunan-Ku melainkan bahwa Aku akan mengampuni dosa yang pernah kalian perbuat dan Aku tidak akan peduli. Wahai anak cucu Adam, andai kau datang dengan dosa sepenuh isi bumi,sedang engakau tidak menyekutukan Aku dengan apa pun, niscaya Aku akan membawakan ampunan sepenuh isi bumi untukmu.Aku mensyukuri amal perbuatan yang sedikit, dan mengampuni banyak dosa.Kasih sayangKu melampaui murkaKu dan kesantunanKu melampaui hukumanKu. Belas kasih KU pada kalian melebihi belas kasih ibu pada anaknya. Wahai hamba-hambaKu sesungguhnya kalian berbuat diosa siang dan malam, sedangkan Aku mengampuni dosa-dosa semuanya. Maka mohonlah ampun padaKu nescaya Aku akan mengampuni kamu semua"


marilah bertaubat ketika kita matahari masih terbit dari timur.

Wednesday, February 10, 2010

angan2

Mase kecik2 dulu angan2 nak hafal quran. Umor da 23 da. tapi half quran pon x abeh hafal lagi.

simple calculation- alquran ade 6236 ayat. so kalau satu ayat satu hari, so dalam 17 tahun kite da leh hafal satu quran da. hoho. tu termasuk ayat2 surah juz amma yang sgt pendek. so katekanlah kite stat lambat umor 20 br nk hafal. so dalam umor 4o tahun tmbh tolak tetingal sebulan x bace quran, insyaAllah da jd hafiz.

tp disebabkan kite nih student n kononnya bz nga study 24 hr maka x dpt la nk hafal satu ayt satu hari.

Istiqamah setiap hari satu ayat, dlm umor 30 tahun da leh hafal half quran.

tapi hafal quran xlah semudah mane. bkn sahaja kene kuat ingatan tapi kene jage perbuatan kite. hari akhirat nt quran akan mnjd saksi kepada kita.

quran cakap di hadapan Allah "hambaMu ini dahulunya selalu je bace aku, tapi x pernah plak aku tgok die amalkan ape yg die bace"

n klu tiap2 hari wat dosa2 kering mcm mane nk kekal dlm kepala ayat2 quran tuh??

lastly hafal ayat quran kerna Allah. bkn nk keja glamour o pape. insyaAllah diberkati n dirahmati.

ini ade satu link tentang seorang budak iran yg dididik parent die hafal quran dengan cara yg unik sejak kecil. semoga kita mndapat ibrah n mengangkat martabat Al-Quran ke tempatnya semula continuously. bkn hanya apbl kepala babi ade dkt surau2.. sekian.

doktor cilik hafal quran



Ya Allah, kau kuatkan hati ini utk terus menjadi hambaMu yang beriman dan beramal soleh.

moga aku tidak berangan2.