Monday, December 7, 2009

Malaysia-Thailand

Rombongan Menteri2 Malaysia akan ke Thailand utk membincangkan masalah sekian lama Selatan Thai. Setelah sekian lama masalah ini, akhirnya ada juga usaha dari negara kita utk membantu saudara sesama islam kita di selatan Thai. Semoga delegasi tersebut berusaha dengan semgat jihad LIllahitaala dan semua pihak akan memperoleh manfaat, InsyaAllah.

petikan dari utusan 7 december 09


Malaysia mampu bantu selesaikan konflik selatan Thailand

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Malaysia berpeluang membantu menyelesaikan konflik di selatan Thailand berikutan ketidakyakinan penduduk wilayah itu untuk berunding dengan kerajaan mereka sejak sekian lama.

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, sekarang adalah masa paling sesuai untuk berbuat demikian kerana Thailand kini lebih memahami kepentingan dan hak sama rata rakyatnya.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, hubungan akrab kedua-dua negara turut mencerahkan peluang bagi menyelesaikan masalah tersebut.

''Masyarakat di wilayah bergolak itu meletakkan kepercayaan penuh dengan kewibawaan negara untuk membantu menyelesaikan konflik yang berlanjutan sejak sekian lama,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menghadiri Perundingan Tahunan Keempat dengan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva di Bangkok bermula esok.

Beliau diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, lapan menteri Kabinet dan dua timbalan menteri dijangka mengadakan lawatan ke selatan Thailand bagi membolehkan beliau mengetahui lebih tepat pandangan kerajaan negara itu berhubung konflik berkenaan.

Sementara itu, Pensyarah Perhubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Yazid berkata, perbincangan kedua-dua pemimpin itu dijangka mewujudkan dasar yang lebih liberal kepada komuniti di wilayah itu.

Beliau berkata, ia juga akan menjadi titik tolak bagi menyelesaikan konflik tersebut dan Malaysia berpeluang memberi cadangan serta langkah-langkah sesuai yang perlu diambil oleh kerajaan Thailand.

''Thailand juga perlu menghentikan diskriminasi dan menjadi lebih liberal dengan memberi peluang ekonomi dan kesamarataan kepada masyarakat tersebut sama seperti rakyatnya yang lain,'' katanya.

Ketua Program Pengajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Ruhanas Harun pula memberitahu, pertemuan Najib dan Abhisit itu diharap mewujudkan satu permulaan yang baik untuk menyelesaikan konflik.

Beliau berkata, kesediaan kerajaan negara itu untuk berunding menunjukkan keterbukaan mereka untuk melihat dan mengkaji seterusnya menyelesaikan masalah secara total.

''Akan tetapi hak dan kuasa untuk menggagalkan atau menjayakan rundingan perbincangan tersebut tetap bergantung kepada kerajaan Thailand sendiri,'' tambahnya.




Monday, November 16, 2009

Model


Salam.

Sekian lame asik menghadap buku Surgery(bajet jer nih,haha..), so hari nih nk buang mase jap dpan komputer. haha.

Klu cakap psal model, orang ingt ape e?

maybe Model magazine or fashion yg CaTwaLK tuh or model kereta FerAri or ModEL Kopi Tongkat Ali dan laen2 la. TApi klu model Fashion tu kene tinggi, so yg pendek jgn mimpi yer. haha.
Klu yg baek sket model majalah muslimah, model busana muslimah.

Tapi arini nk citer pasal Model Umat Islam yang sebenarnyer. Model penting la sbb hidup manusia nih klu x de orang yg nk tunjuk, macam2 die reka nnt. TApi las2 ape2 yg die cipta tuh msti bawa kpda binasa klu x ikut model die btol2.

So semua msti da tau la model umat islam adalah nabi Junjungan kita iaitu Nabi Muhammad saw. Las week tyme klas islamic studies by Ustaz Fahim MMU. Ustaz ni mmg bes. Las week blaja pasal An-nikahh. Mmg die trg abes laa. So ade satu soklan die. Die tanye Nabi muhammad ade brape org isteri? braper org anak?

Soalan yg macam simple sangat nih, ak pon x terjawab. huhu. Macam mane la nk dapat syaFAat nabi sedangkan FAmily die pon aku xtau. Terpiki la. Anak wayne ROOney pon tau, ni Anak NABI yang kita nk minta syafaat pon kite xtau, mmg malu laa. Anak artis pon bleh tau tapi anak nabi teragak2.

so, slpas ak membuat sdikit research, ingin la ak share sdikit utk sape2 yg mcm aku yg xtau.

Nabi ade isteri 12 org tapi yg anak dara cume Saydatina Aisyah sahaja. yg laen adalah balu atau janda.

1.Khadijah binti Khuwailid r.a.
2. Saudah binti Zum'ah r.a.
3. Aisyah binti Abu Bakar r.a.
4. Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
5. Zainab bin Jahsyin r.a.
6. Zainab binti Khuzaimah r.a.
7. Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
8. Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
9. Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
10. Maimunah binti Al-Harith-
11. Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
12. Mariyah Al-Qibtiyah

so itu la dier isteri2 nabi. jgn kite pon nk tiru Kawen 11 sudah. ade org bab2 amal sunnah kahwin ni mmg laju. tanye sbb aper, sbb sunnah. tapi sunnah laen hampeh nk ikut. so rajin2 la amal sunnah yg laen yer di smping kawen 4.hehe.

anak2 bersama saydatina khadijah ade 7 tapi 3 mnggal semasa kecil so tgal la 4 org ank pompuan.

1.Ruqaiyah(org melayu ckp rogayah)-kawen dgn Saidina Usman
2.Ummu kalsum-kawen Saidina Usman
3.Zainab
4.Fatima-kawen Saidina Ali

anak lelaki

1.Qasim
2.ibrahim
3. Abdullah

so sampai di sini sahaja la coretan aku. moga2 lpas ni kita rajin2 baca sirah nabi sbb di akhirat nnt pon kite nk mntak syafaat die. so klu x knl nabi mane nk letak muke kite nih.

perbaikilah kehidupan kita. Sentiasa betolkan niat kite dalam segala ape yg kite lakukan.

salam.

Friday, October 23, 2009

belajar dari pesakit

salam.

Alhamdulillah skrg sedang berposting Surgery. Mcm2 patient suda ku jumpa dalam masa semingu ini. Bila tengok rase insaf la skjp bila mengenangkan aku yg bernasib baek belom ditimpa ujian2 seperti mereka. Tapi malang memang x berbau. Oleh itu jgn pernah ade rase berlagak atau ego dalam diri meskipun yg terlantar tu maybe mat rempit mat rempit. Sentiasa rendah diri walau dgn sape pon patient itu.

Pagi tadi aku berjumpa dengan seorang pesakit kanser kolon yg hendak mnjalani chemotherapy. Terasa sayu sbntr semasa mngmbil history taking dari beliau. pada mulanya beliau seperti keberatan hendak ditemubual. mungkin kerana penat atau sudah berputus asa dgn sakit beliau. begitu juga dengan isteri beliau. pada mulanya ketika diajak berbual jelas terpancar kesedihan pada raut mukanya. namun setelah beberapa ketika, mereka jelas mencuba untuk memberi kerjasama. mungkin kerana kasihan melihat kami yang tercari2 pesakit utk ditemubual.

pesakit kanser bukan seperti sakit biasa. Kebetulan seorang kenalan aku menghadapi kanser paru2. Kasihan sungguh melihat perubahan beliau. Sejak mndapat tahu sakitnya, dia tidak pernah keluar rumah. tidak pergi kerja. isterinya juga terpaksa mengambil cuti semata2 untuk menjaga beliau. Bermacam2 ubat dan rawatan dicuba namun semuanya tidak berupaya memulihkannya. kini keadaannya makin teruk. sudah beberapa kali masuk ke dalam Icu. namun Allah masih memberi peluang kepadanya. Isteri muda, anak seorang masih kecil lagi. Memang ujian Allah itu tidak mengenal sesiapa. Bagi yg tabah dan reda insyaAllah akan diberkati. Bagi yg tidak reda maka timbullah Allah itu tidak adil. Allah itu kejam.

Aku mohon perlindungan dari tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.Kuatkanlah hatiku, tabahkanlah jiwaku moga aku menjadi insan beriman dan beramal soleh..

Monday, August 31, 2009

9/30

ASslamualaikum
RAmadhan kareem.

' sesungguhnya orang yg membazir itu saudara kepada syaitan'

Ingat di bulan ramadhan ini syaitan sudah tiada lagi lantaran sudah diikat oleh Allah swt.
Tetapi rupanya ada pula orang yang menjadi setan. Yang menjadi saudara setan.
Asal tujuan berpuasa mencontrol hawa nafsu dari dosa2 tetapi bila sampai waktu berbuka, MasyaAllah qada' makan betol2 punye. Lepas tarawikh tmbah morey lagi. Membazir makanan??

Sebelom berbuka, saat menyempurnakan ibadat puasa, ramai yang masih duduk depan tv sambil menonton cerita2 yang ntah pape.. Membazir waktu???

Harapan, hendak mengenang kesusahan orang2 yg tidak bernaseb baek dengan tidak membazir ketika berbuka puasa serta hendak menggunakan waktu dengan benda2 yang lebih bermanfaat insyaAllah.

sekian.

Saturday, August 29, 2009

8/30

Ramadhan kareem.

Semoga puasaku diterima oleh Allah swt.
Tanda puasa diterima, menjadi orang bertaqwa. Salah satu tanda taqwa apabila istiqamah dalam amalan kita.

Bazar ramadhan.
Menjadi punca hilang pahala kerna banyak perkara.
Membazir.
Kerna orang yang berpuasa tidak faham erti puasa. Hanya puasa makan, puasa minum dan puasa dari berjima suami isteri di siang hari. Berpuasa tetapi masih bermaksiat. Jalan tidak tutup aurat. Pakai yg singkat2.

Moga2 amal ibadat puasaku sedari WAktu subuh lagi tidak terjejas beberapa jam lagi sebelom berbuka kerna bazar Ramadhan. Buat Penat je bertadarus, solat sunat, dan macam2 lagi di siang hari tapi petang hari Astaghfirullah. Nampak macam2..

Harapanku hendak berusaha menghayati erti puasa dan hendak pergi bazar ramadhan jumpe orang yang faham erti puasa.

sekian.

Monday, July 6, 2009

Insan yang berfikir


Malam itu selepas solat isya berjemaah di surau, aku menghampiri sahabat baruku yang ku kenal di sebuah kem motivasi. Aku melihat kekhusyukan beliau memohon doa selepas solat sunat ba’diyah. Buat seketika aku sangat mencemburui kekhusyukannya itu. Jarang sekali aku sekhusyuk itu dalam seumur hidupku ketika memohon doa meskipun begitu banyak doa-doa panjang yang fasih dituturkan lidahku ini.

Selepas beliau sudah selesai aku dan Ijan melepakkan diri di kedai makan tempat biasa aku selepas Isya di masjid. Malam bersama Ijan pada hari itu telah memberikan aku sebuah pengajaran yang jarang didapati di kelas-kelas Kafa milik kerajaan negeri aku.

Ijan seorang yang sangat berkemahiran dalam bidang muzik yang pada ketika itu bagiku muzik merupakan perkara yang dibenci agama. namun begitu setiap insan mempunyai kelebihan masing-masing aku kira. Tetapi bukan muzik yang aku berminat dengannya. Aku bertanya padanya, ” kenapa aku lihat kamu begitu khusyuk dalam doa kamu? Kadang-kadang aku melihat kamu menangis. “

Ijan menjawab

“ Aku pun tidak tahu. Sebenarnya sangat keliru. Aku merasakan amal ibadatku tidak pernah sempurna. Aku tidak mengerti lafaz-lafaz yang ku biasa ucapkan. Al-FAtihah pun tidak. Hendak belajar aku tidak tahu di mana hendak bermula. Dulu aku diajar membaca Quran di rumah sahaja dengan seorang ustaz. Aku tidak ke sekolah agama. Sekarang aku tidak tahu macam mana. Hendak bertanya kawan-kawan, semua macam tak pernah fikir macam aku fikir nih. Hapy go lucky je semua. Asal solat cukup waktu, sudah. Aku rasa sangat takut solat-solat yang aku lakukan ini tak pernah dipandang oleh Allah. Orang kata solat jemaah 27 kali ganda tapi aku lihat dekat surau mana-mana especially dekat Mall, tak pernah pun ada jemaah walhal ramai jer yang solat. Dengan kawan-kawan aku lagi la. Solat express, buat yang wajib jerr katanya. “

Terkedu aku mendengar jawapan yang diberikannya itu. Tidak pernah aku berfikir adakah solat-solat dan amalan yang aku lakukan selama hidupku sejak akil baligh ini diterima Allah atau pun tidak. Di kelas ustaz selalu cakap hidup untuk mencari keredhaan Allah. Tetapi adakah semudah ini??Aku sangat bertuah dibandingkan dengan Ijan kerana keluargaku sungguh tegas dalam bidang agama ini. Tetapi tidak pernah aku terfikir sebegini. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan.

Siapakah yang lebih mulia, seorang yang berlatarkan muzik atau orang yang dari kecil bersekolah agama? Aku berfikir. Orang kata yang membezakan manusia itu adalah taqwa. Adakah itu taqwa? Adakah hanya dengan bersekolah agama kita peroleh taqwa? Atau dengan taqwa kita menjadi orang yang beragama or Thiqah meskipun kita bermain muzik?

Sejak dari itu aku dan Ijan selalu berjumpa. Kami berdiskusi. Kami saling belajar dari satu sama yang lain. Alhamdulillah Ijan sudah mengerti setiap lafaz dalam solatnya. Dan bagi aku pula, ibadahku menjadi lebih bermakna, bukannya hanya sekadar amal biasa. Namun yang ku kagumi dengan Ijan adalah semangatnya untuk meninggalkan muzik kerana katanya, taqwa bukan hanya dengan berfikir tetapi bila fikir itu dipraktikkan. Bukan hanya tahu Bahawa Allah itu ada tetapi memberitahu Bahawa Allah itu tuhan. Islam itu cara hidup. Banyak benda lain yang wajib dia belajar dahulu sebelum dia kembali semula kepada muziknya. Dalam hati aku berdoa moga-moga tokoh seperti Yusof Islam lahir dari diri sahabatku ini.

Benarlah orang berkata jika kita bersama dengan penjual minak wangi maka kita pun akan berbau wangi. Dan jika kita bersama dengan tukang besi maka kita pun pasti akan terkena sedikit percikan api itu. Iman tidak dapat diwarisi. Tetapi hanya diberikan kepada insan-insan yang berfikir.


p/s: sebuah kisah benar yang telah diolah demi menjaga maslahat semua.

Friday, June 26, 2009

Menangani kejemuan (Al-Futur) dalam Dakwah

salam. Artikel ini ku copy paste utk pedoman sahabat2 seperjuangan semua. moga2 kite ditetapkan hati dalam perjuangan mengejar kecemerlangan dunia dan akhirat.



Pendahuluan
Manusia diciptakan Allah Taala dengan pelbagai sifat dan tingkahlaku yang menunjukkan betapa berhajatnya mereka kepada bantuan dan pertolongan. Sifat-sifat seperti resah gelisah, takut, kecewa, bosan, malas dan sebagainya adalah gambaran kelemahan diri manusia itu sendiri yang diciptakan sebagai hamba Allah. Kelemahan dan sifat serba kekurangan ini boleh mendedahkan manusia kepada keadaan murung dan berputus asa yang akhirnya akan membawa mereka kepada hilang pergantungan dengan rahmat Allah Taala. Sabda Rasulullah s.a.w:
إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة
Maknanya: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh(cergasa) dan setiap kecergasan ada masa jemu...”. Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Tirmizi.

Suasana persekitaran, pergaulan, kejahilan, kecintaan kepada dunia dan tiadanya murabbi adalah antara faktor kemurungan dan kebosanan dalam melaksanakan perintah Allah Taala. Ia samada berkaitan dengan ibadah mahupun dalam kerja-kerja dakwah. Keadaan ini adalah perlu diberikan perhatian kerana bimbang ia akan menjadikan seseorang itu hilang rasa nikmat beribadah dan berjuang di jalan Allah. Kertas kerja ini akan memberikan fokus perbincangan kepada kebosanan di dalam amal Islami yang sering melanda amilin dalam dakwah yang akhirnya menjejaskan gagasan yang telah digariskan di dalam perjuangan.

Definisi ’Al-futur’.
Menurut Mukhtar Al-Sihhah, Al-Futur itu bererti lemah, tumpul. Manakala Al-Raghib Al-Asfahani di dalam Mufaradat Al-Quran menyatakan bahawa erti Al-Futur ialah diam selepas bergerak cergas, lembut selepas keras dan lemah selepas kuat.

Ibnu Hajar rahimahullah berkata bahawa Al-futur ialah:

" الملال استثقال الشيء، ونفور الناس عنه بعد محبته، وهو داء يصيب بعض العباد والدعاة وطلاب العلم، فيضعف المرء ويتراخى ويكسل، وقد ينقطع بعد جد وهمة ونشاط. وفي القرآن الكريم قال الله تعالى مثنيا على الملائكة: [ يسبحون الليل والنهار لا يفترون ]
Maksudnya:Bosan, berat untuk melakukan sesuatu dan orang lari darinya selepas awalnya suka kepadanya. Ia adalah penyakit yang menimpa sebahagian hamba, para daie dan penuntut ilmu. Seseorang itu akan jadi lemah, bertangguh dan malas. Seterusnya meninggalkan dari melakukan sesuatu selepas awalnya ia bersungguh dan cergas. Di dalam Al-Quran Allah Taala memuji para MalaikatNya dengan berfirman: (( Mereka (para Malaikat) bertasbih malam dan siang tanpa jemu )).

Sebab-sebab Al-Futur dalam Dakwah.
Bagi seseorang yang terlibat dengan gerakan dakwah ia tidak boleh lari dari sifat sebagai manusia biasa yang terdedah kepada kebosanan dan kejemuan dalam dakwah. Bahkan para sahabatpun ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w bilakah kemenangan akan tiba kerana sudah bosan dengan tentangan hebat dari golongan musyrikin. Dalam dakwah kebosanan berlaku samada akibat dari kelewatan mendapat kemenangan atau berpunca dari terjadi berbagai ujian yang berat kepada pejuang Islam. Allah Taala berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 42:
Yang Maksudnya: Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”.

Kebosanan dan kejemuan dalam dakwah adalah berpunca dari dua faktor utama iaitu faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran:

A. Faktor-faktor dalaman
1) Kejahilan yang menimbulkan keraguan kepada kesahihan tanzim.
2) Lemah amal ibadah.
3) Kurang mengamalkan sunnah dalam kehidupan harian.
4) Berlumba memperolehi populariti dalam dakwah.
5) Tidak berdisiplin dan kerja tidak tersusun.
6) Sentiasa berburuk sangka sesama ikhwah.
7) Tidak menghadiri tarbiah.
8) Tidak menghadiri aktiviti jamaah.
9) Tidak bersederhana/melakukan sesuatu secara melampau.
10) Tiadanya aktiviti Istirahah Al-Nafs.

B. Faktor-Faktor Luaran.
1) Jamaah tidak memberikan peningkatan kepada diri.
2) Ikhwah dalam jamaah tidak bersifat terbuka.
3) Tanzim yang bercelaru.
4) Aktiviti yang membosankan.
5) Kepimpinan yang tidak memberikan contoh yang baik.
6) Perpecahan dalam jamaah.
7) Serangan bertubi-tubi dari musuh.
8) Kemewahan hidup yang menamkan rasa selesa dengan apa yang ada.
9) Pengaruh wanita.
10) Pengaruh keluarga dan anak-anak.
11) Tekanan di tempat kerja.
12) Kekalahan dalam peperangan dengan musuh.

Faktor-faktor di atas adalah penyebab kepada timbulnya Al-Futur di dalam diri pejuang-pejuang Islam. Sebagai contoh ialah kekalahan, ia boleh menyebabkan hilang keyakinan untuk meneruskan perjuangan seperti berlaku di dalam perang Uhud. Apabila umat Islam ditimpa kekalahan, ramai yang mula kecewa, hilang keyakinan dan rasa bimbang dengan masadepan Islam. Lalu Allah Taala menjelaskan sendiri mengapakah kekalahan berlaku dengan firmanNya:
Yang maksudnya: Dan Mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu Telah menimpakan kekalahan dua kali ganda kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, Maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah, dan agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman. Surah Ali-Imran : 165-166.
Dengan turunnya ayat di atas barulah para sedar bahawa kekalahan yang berlaku adalah berpunca dari kelakaun mereka sendiri yang tidak menuruti arahan Rasulullah s.a.w. Lantas selepas daripada itu mereka tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama dan akhirnya Allah Taala kurniakan kemenangan dengan pembukaan Kota Mekah yang berlaku secara aman.

Penyelesaian.
Bagi menyelesaikan dan merawat penyakit Al-Futur yang menimpa ahli jamaah Islam maka terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan sebagai panduan iaitu:

1) Membaca Al-Quran yang mengisahkan kesusahan perjuangan Anbiya.
2) Membaca Sirah Rasulullah s.a.w.
3) Membaca sejarah pejuang Islam masa silam.
4) Solat berjamaah.
5) Tingkatkan amalan sunat.
6) Hidupkan sunnah dalam kehidupan.
7) Meninggalkan amalan makruh.
8) Kurangkan menonton TV.
9) Selalu bersama solihin.
10) Hadiri majlis ilmu.
11) Selalu berhubung dengan ahli jamaah.
12) Amalkan pengurusan diri dan berdisiplin.
13) Menjaga masa.
14) Kreatif mempelbagaikan aktiviti jamaah.
15) Mengamalkan kesatuan fikrah dan kesatuan amal.
16) Libatkan semua peringkat ahli jamaah Islam dengan tarbiah.

Kesimpulan.
Para Qiadah dalam jamaah Islam seharusnya bersifat peka terhadap perkembangan di kalangan ahli-ahli jamaah Islam yang mempunyai tingkah laku dan kecenderungan yang pelbagai. Kebijaksanaan qiadah amat perlu bagi memastikan faktor-faktor yang membawa kepada Al-futur dalam dakwah dapat ditangani dengan sebaiknya agar intima di dalam jamaah bukan sahaja kerana kebenaran yang dibawa tetapi kerana keseronokan bersama-sama memperjuangkan Islam. Qiadah yang tidak sensitif dengan perkara-perkara seumpama ini akan membawa kepada kecenderungan ahli jamaah meninggalkan perjuangan Islam.